BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis sahkan Mindas Muktadil ditembak

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

KOTA KINABALU 23 Mei – Polis mengesahkan salah seorang pengganas yang ditembak mati pihak berkuasa Filipina di selatan negara itu ialah adik-beradik 'Muktadil Brothers' iaitu Mindas Muktadil.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perkara itu disahkan sendiri oleh kerajaan Filipina yang mengeluarkan kenyataan dalam laporan berita media sosial negara jiran tersebut.

Menurutnya, Mindas Manda @ Muktadil yang maut ditembak pihak berkuasa Filipina itu dipercayai terlibat secara langsung dengan aktiviti kumpulan menculik untuk tebusan (KFR).

“Namun ketika kejadian berbalas tembakan berlaku, dua rakyat Malaysia yang diculik tidak berada di tempat kejadian kerana berada dalam tahanan di lokasi berlainan,” katanya dalam sidang akhbar sempena penutupan Program Latihan Asas Polis Bantuan Siri 1/2015 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar sebelum ini mengenai Mindas yang ditembak pihak berkuasa Filipina di Wilayah Jolo, Selatan Filipina pada Rabu lalu.

Mindas merupakan adik-beradik kepada dua penggerak utama Muktadil Brothers yang dikenali sebagai Badong, 40-an dan Nickson, 30-an.

Kedua-duanya kini diburu polis tempatan kerana dipercayai terlibat dengan beberapa kes jenayah sempadan rentas di perairan negara ini termasuklah disyaki menjadi dalang dalam kejadian penculikan dua warga Malaysia di sebuah restoran makanan laut, Ocean King, Jalan Batu Sapi, Sandakan pukul 7.40 malam pada 14 Mei lalu.

Dalam perkembangan berlainan, Jalaluddin turut menyokong gesaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang meminta Kerajaan Filipina untuk lebih bertegas terhadap insiden-insiden jenayah sempadan rentas membabitkan perairan dua negara ini.

“Bagi saya kejadian-kejadian seperti ini berlaku setengah abad lamanya dan sudah sampai masanya mereka (Filipina) mengambil tindakan tegas serta lebih bertanggungjawab.

“Sampai bila kita mahu menghadapi situasi yang sama? Mereka menceroboh kedaulatan negara kita dan sepatutnya pihak berkuasa Filipina menunjukkan komitmen tinggi terhadap isu ini termasuklah menyertai operasi rondaan bersama kita atau pihak Kawasan Keselamatan Pantai Timur (Esscom) bagi menyekat penjenayah yang datang dari negara mereka,” katanya.

Tambah Jalaluddin, gesaan tersebut bukan bermaksud ingin mempertikaikan keupayaan antara kedua-dua pihak keselamatan termasuklah Esscom sendiri, sebaliknya, mahu tindakan lebih agresif daripada kerajaan Filipina kerana kegiatan jenayah tersebut melibatkan penjenayah yang berasal dari negara jiran itu.

Tegasnya, sememangnya kerajaan telah berusaha keras selama ini bagi memastikan keselamatan negara terjamin.

Malah menurutnya, Komander Esscom, Datuk Abd. Rashid Harun sendiri sudah memberi perhatian sewajarnya di kawasan Sandakan tetapi disebabkan terdapat dalang yang membawa masuk kumpulan penculik itu, maka insiden penculikan di Sandakan tidak dapat dielakkan.

“Perlu diingatkan Sabah mempunyai perairan yang amat luas dengan 1,700 kilometer dan tidak bolehlah untuk kita menempatkan bot-bot di setiap kilometer seperti mana negara Singapura lakukan. Kita perlu juga memikirkan pelbagai aspek lain termasuk keadaan ekonomi serta industri perikanan,” jelasnya.
 
Back
Top
Log in Register