BTC USD 38,595.7 Gold USD 1,770.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Sahkan Bayi 9 Bulan Di Bunuh, Di Liwat Suami Pengasuh

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
11.05.2021 - Kuala Lumpur, Tidak berperikemanusian apabila bayi lelaki berusia sembilan bulan dibunuh sebelum diliwat suami kepada pengasuh di sebuah rumah di Kelana Jaya, di sini pada 27 April lalu. Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada dalam bilik tidur bersama suspek lelaki manakala suspek wanita (pengasuh) sedang menyapu di luar kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan kejadian itu pada 28 April daripada seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sungai Buloh.

“Pegawai berkenaan memaklumkan telah menerima pesakit (mangsa) yang berusia sembilan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa suspek yang mengaku sebagai pengasuh. Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bayi tersebut mendapati mangsa telah meninggal dunia dan terdapat kesan pendarahan dan kecederaan di bahagian dubur,” ujarnya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Jelasnya, bertindak atas maklumat dan hasil risikan, pada 29 April sekitar pukul 8 malam, sepasukan polis dari Balai Polis Kelana Jaya dan Cawangan D9 telah memberkas pasangan suami isteri yang berusia 36 tahun itu di sebuah rumah di kawasan Kelana Jaya.

“Jabatan Forensik ketika melakukan siasatan telah merampas pelbagai barangan yang disyaki telah digunakan dalam kejadian itu, antaranya dua lampin pakai buang, seluar, karpet dan peralatan seks yang dibungkus dalam baju. Hasil bedah siasat terhadap bayi tersebut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut disyaki ditekup menggunakan tangan dan beberapa kesan koyakan di bahagian dubur disyaki akibat kemasukan benda tumpul,” ujarnya.

Tambah beliau, kematian bayi berkenaan berpunca apabila mulutnya ditekup sehingga berlaku kesesakan nafas dan menyebabkan kematian.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis syabu.Semakan rekod jenayah lampau ke atas kedua-duanya mendapati, suspek lelaki mempunyai dua rekod berkaitan dadah dan kedua-duanya direman selama 13 hari bermula 30 April lalu sehingga esok,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

buang-bayi-2.png

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2021/05/11/polis-sahkan-bayi-berusia-9-bulan-diliwat/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Penganggur Di Tuduh Bunuh, Liwat Bayi

14.05.2021 - Petaling Jaya, Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan membunuh dan meliwat seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di sebuah rumah pangsa di Kelana Jaya, bulan lalu. Tertuduh Mohamed Badruldin Mohamed, 36, dituduh melakukan perbuatan itu antara jam 8 pagi hingga 3.30 petang di sebuah unit blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Taman Putra Damai, Jalan PJU 1A/42 di sini pada 27 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol, berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Sementara itu, dalam pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan pula, tertuduh didapati melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun serta sebat. Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alison Chan May Kam manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan mahkamah kemudiannya menetapkan 15 Jun ini untuk sebutan semula bagi kedua-dua kes. Semalam, BH melaporkan bayi lelaki yang meninggal dunia disahkan diliwat suami pengasuhnya sehingga mengalami kesan pendarahan dan koyakan di bahagian dubur.

Dalam laporan itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata kematian dipercayai akibat sesak nafas kerana ditekup di mulut menggunakan tangan oleh suspek lelaki berusia 36 tahun yang berada di bawah pengaruh dadah. Ketika kejadian suspek wanita sedang mengemas ruang tamu dan membiarkan suaminya bersendirian dengan bayi itu dalam bilik dikunci selama dua jam, sebelum menemukan bayi itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan oleh lelaki itu yang mengaku pengasuh bayi terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.

Katanya, selain beberapa kesan koyakan pada dubur mangsa dipercayai akibat dimasukkan benda tumpul, bedah siasat turut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dipercayai ditekup menggunakan tangan.


Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/816286/penganggur-dituduh-bunuh-liwat-bayi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register