BTC USD 94,452.0 Gold USD 2,690.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM130,000 Di Pengkalan Chepa

Md Hanif

Fun Poster
Messages
784
Joined
Jun 13, 2023
Messages
784
Reaction score
58
Points
25
bb7354734db6972c914a7c4b5a6cdf2c670f778f13efb

Kredit: Pasukan Gerakan Am, Briged Tenggara

KOTA BHARU, 16 Okt (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dan menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok putih dan kretek dianggarkan bernilai RM133,870 di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata operasi pada 9.25 malam itu menemukan lebih 112,000 batang rokok putih bernilai RM123,222 dan lebih 8,800 rokok kretek bernilai RM10,648.

“Suspek yang berumur 43 tahun itu dipercayai menjadi pengedar rokok untuk pasaran tempatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nik Ros Azhan berkata kesemua barang rampasan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register