BTC USD 98,150.4 Gold USD 2,691.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Rampas Rokok Bernilai Lebih RM300,000 Di Sempadan Malaysia-Thailand

Md Hanif

Fun Poster
Messages
701
Joined
Jun 13, 2023
Messages
701
Reaction score
48
Points
25
ddc760595396123dbd4c0edd2142ed3f671b0a6d9a53f

Kredit: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara

Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan 300,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM330,000 dekat pengkalan haram Pos Rela, Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan tersebut dilakukan kira-kira 1 pagi apabila pihaknya ternampak longgokkan kotak berwarna coklat yang disembunyikan di kawasan semak semasa membuat rondaan Op Taring Wawasan Kelantan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas kotak-kotak berkenaan ditemukan rokok putih berjenama TEX dipercayai diseludup dari Thailand, untuk pasaran tempatan di kawasan kampung dan ladang yang ramai pekerja warga asing.

“Kesemua barang rampasan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, polis menahan empat individu kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan pendatang tanpa izin ketika cuba melepasi sekatan jalan raya di Banggol Kong, Pasir Mas, semalam.

Nik Ros Azhan berkata tiga suspek lelaki dan seorang wanita ditahan pada pukul 5.30 petang ketika menaiki sebuah kereta jenis Mazda CX5 dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, dua suspek adalah warga tempatan manakala dua yang lain adalah warga China yang gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki masuk ke Malaysia melalui jalan haram.

“Dua daripada mereka dipercayai berperanan sebagai tekong untuk menyeludup manakala dua lagi adalah pendatang. Polis turut merampas sebuah kereta bernilai RM150,000 dan lima unit telefon bimbit bernilai RM14,000.

“Dua pendatang itu ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala pemandu dan penumpang tempatan yang menjadi tekong ditahan di bawah Seksyen 26J Akta ATIPSOM 2007 dan diserahkan ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register