Polis perlu siasat forum Naratif Malaysia Baru

Recommended Brokers


cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,490
Reaction score
5,810
Points
1,346
Polis perlu siasat forum Naratif Malaysia Baru
Tuan Ibrahim Tuan Man | Diterbitkan Hari ini 10:20 pagi



KATA MP | Komposisi orang Melayu Islam dianggarkan sekitar 69 peratus daripada 33 juta penduduk di Malaysia.

Jumlah yang besar ini harus disatukan terlebih dahulu dengan acuan Islam sebelum mengorak langkah membina peradaban baru di negara ini.

Dari segi politik pilihan raya, jumlah pengundi Melayu yang mengundi PAS dan Umno dalam PRU14 lalu adalah sekitar 70 peratus.

Sekiranya jumlah ini digembleng secara positif, maka satu perubahan yang lebih baik akan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

PAS optimis penyatuan Melayu dengan acuan Islam mampu menstabilkan politik dan melonjakkan negara ke arah mercu yang lebih gemilang.

Kekuatan politik Melayu juga akan menjadi benteng ampuh untuk mempertahankan tiang seri negara seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan, seperti Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewaan orang Melayu dan bumiputera.

PAS juga ingin menegaskan bahawa penyatuan Melayu dengan acuan Islam tidak sesekali mengabaikan kaum lain untuk menganut agama pilihan mereka, menuturkan bahasa ibunda mereka dan menafikan hak ekonomi mereka.

Perkara ini jelas dijamin dalam peruntukan perlembagaan dan tidak berubah.

Penyatuan Melayu sebagai kaum majoriti mesti diposisikan dengan baik. Hal ini bukan hanya untuk kepentingan politik pilihan raya, tetapi untuk kesejahteraan kedaulatan negara.

PAS mahu mengingatkan DAP dan PH supaya tidak mempamerkan dakyah ‘bogeyman’ dengan melabelkan penyatuan ummah sebagai klepto-teokrasi, talibanisme, rasisme dan ekstremisme.

Walhal, pada masa sama DAP begitu rancak mempromosi The Kingdom of God dan The Jesus Manifesto seperti yang diungkapkan oleh Steven Sim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Bukit Mertajam - DAP) dalam forum Naratif Malaysia Baru yang diadakan di Kota Damansara, 14 Sept lalu.

Apa yang diperjuangkan oleh PAS dan Umno adalah penyatuan ummah yang lebih inklusif dengan mengutamakan perpaduan orang Melayu dan Islam tanpa prejudis terhadap kaum lain.

Ia selaras dengan tuntutan Islam, perlembagaan dan konteks sejarah dan kepentingan semasa.

Bagaimana pula dengan DAP? Adakah agenda Kristianisasi dalam politik Malaysia satu tindakan yang wajar?

PAS menggesa pihak polis menyiasat penganjuran dan kandungan forum tersebut bagi mengelakkan kecelaruan dalam kalangan rakyat.



TUAN IBRAHIM TUAN MAN ialah anggota parlimen Kubang Kerian dan timbalan presiden PAS.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,490
Reaction score
5,810
Points
1,346
DAP promosi The Kingdom of God, The Jesus Manifesto?

18 September 2019


Tuan Ibrahim Tuan Man


KUALA LUMPUR – Pas hari ini mengingatkan DAP dan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak menyebarkan dakyah ‘bogeyman’ (jahat) dengan melabelkan penyatuan ummah sebagai kleptot-teokrasi, talibanisme, rasisme dan ekstremisme.

Walhal pada masa yang sama DAP begitu rancak mempromosi ‘The Kingdom of God’ dan ‘The Jesus Manifesto’ seperti yang didedahkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dalam forum Naratif Malaysia Baharu yang diadakan di Kota Damansara pada 14 September lalu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, apa yang diperjuangkan oleh Pas dan UMNO adalah penyatuan ummah yang lebih inklusif dengan mengutamakan perpaduan orang Melayu dan Islam tanpa prejudis terhadap kaum lain.

Ia selaras dengan tuntutan Islam, Perlembagaan dan konteks sejarah dan kepentingan semasa.

“Bagaimana pula dengan DAP? Adakah agenda kristianisasi dalam politik Malaysia satu tindakan yang wajar?,” soal beliau sambil menggesa pihak polis menyiasat penganjuran dan kandungan forum tersebut bagi mengelakkan kecelaruan dalam kalangan rakyat.

Tambahnya, Pas optimis penyatuan Melayu dengan acuan Islam mampu menstabilkan politik dan melonjakkan negara ke arah mercu yang lebih gemilang.

Kekuatan politik Melayu juga akan menjadi benteng yang ampuh untuk mempertahankan tiang seri negara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan seperti Islam Agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Dalam pada itu, tegasnya, penyatuan Melayu dengan acuan Islam tidak sesekali mengabaikan kaum lain untuk menganut agama pilihan mereka, menuturkan bahasa ibunda mereka dan menafikan hak ekonomi mereka.

“Perkara ini jelas dijamin dalam peruntukan Perlembagaan dan tidak berubah. Penyatuan Melayu sebagai kaum majoriti mesti diposisikan dengan baik. Hal ini bukan hanya untuk kepentingan politik pilihan raya, tetapi untuk kesejahteraan kedaulatan negara,” tambahnya.

Komposisi orang Melayu Islam dianggarkan sekitar 69 peratus daripada 33 juta penduduk di Malaysia dan jumlah yang besar ini harus disatukan terlebih dahulu dengan acuan Islam sebelum mengorak langkah membina peradaban baharu di negara ini.

Dari segi politik pilihan raya, jumlah pengundi Melayu yang mengundi Pas dan Umno dalam PRU14 yang lalu adalah sekitar 70 peratus.

Sekiranya jumlah ini digembleng secara positif, maka satu perubahan yang lebih baik akan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, kata Tuan Ibrahim. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,490
Reaction score
5,810
Points
1,346
ni ada berkaitan dengan forum “Naratif Malaysia Baharu” di Mega Chinese Methodist Church pada 14 September 2019.
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
17,887
Reaction score
986
Points
161
aku dah kata DAP akan buat dakwah Kristian...tapi ada juga melayu islam yg jilata baik punya DAP ni...
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,490
Reaction score
5,810
Points
1,346
komentar PERTAMA dari Dr Kamarul Yusoff pada 15/9

Kamarul Yusoff
15 September jam 10:52 PTG

KE ARAH PENGKRISTIANISASIAN SEJARAH MALAYSIA?

Sebelum ini saya ingat saranan Dr Tajuddin Rasdi pada forum anjuran Dong Zong di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor pada 5 Ogos 2019 supaya matapelajaran sejarah distruktur semula dengan memasukkan sejarah Kristian, dari mana mereka datang dan apa sumbangan mereka kepada negara, hanyalah pandangan beliau sendirian sahaja.

Malangnya, terkejut besar saya bila mendengar cadangan sama, yang jauh lebih drastik dan terperinci, turut dibuat oleh sejarawan dari New Era College University bernama Dr Lee Kam Hing dalam forum bertajuk “Naratif Malaysia Baharu” (“New Malaysia Narrative”) di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor, pada 14 September 2019.

Mengikut Dr Lee Kam Hing, buku teks sejarah yang diguna pakai di sekolah dan di universiti sekarang perlu diubah kerana:
(1) Ia mengandungi tema utama perpaduan Melayu, nasionalisme Melayu, Islam dan Malaysia sebagai negara asal orang Melayu.
(2) Teras utama tema ini adalah dakwaan ketuanan Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.
(3) Naratif sekarang berkisar di sebalik peranan Perikatan/BN sebagai pejuang yang memerdekakan negara dan UMNO sebagai pelindung orang Melayu.
(4) Ia terlalu mengutamakan Islam di mana 5 daripada 10 bab dalam buku teks Sejarah Dunia Tingkatan 4 didakwa menyentuh mengenai sejarah Islam dan hanya 3 daripadanya yang menyentuh mengenai sejarah dunia.
(5) Sebahagian daripada tenaga penting yang mencorakkan sejarah masa lalu dan sejarah sekarang telah ditiadakan, diubahsuai atau ditukar bagi menjadikannya selari dengan sejarah kedominanan Melayu Islam, di mana naratif sekarang memberikan terlalu sedikit perhatian kepada kehadiran dan peranan bukan Melayu.

Mengikut Dr Lee Kam Hing, satu perkara yang sangat perlu dimasukkan dalam buku teks sejarah yang diguna pakai di sekolah dan di universiti sekarang adalah sejarah Kristian kerana:
(1) Kehadiran Kristian adalah satu bahagian penting daripada sejarah negara, khususnya sejarah Bumiputera Kristian.
(2) Orang Kristian telah berada di Melaka sejak dari abad ke-15 sebelum kedatangan Portugis lagi.
(3) Orang Melayu telah lama menerima Kristian di mana Munsyi Abdullah adalah dianggap umum sebagai bapa kepada Melayu Kristian moden.
(4) Misi Kristian menyumbang kepada pengetahuan dan penyebarannya melalui mesin percetakan di mana:
(a) Kristian, melalui London Business Society, menerbitkan jurnal Melayu pertama.
(b) Kristian, melalui Mission Publishing House, mencetak buku Melayu pertama.
(c) Kristian, melalui Anglo-Chinese College di Melaka pada tahun 1850, menubuhkan kolej pengajian pertama.
(5) Orang Kristian adalah sarjana peradaban Melayu.

Lebih menarik, pemberi ucapan utama dan pemberi ucapan penutup kepada forum “Naratif Malaysia Baharu” di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor, ini adalah dua pemimpin kerajaan dari DAP, iaitu Steven Sim Chee Keong yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Michelle Ng Mei Sze yang merupakan ADUN Subang Jaya.

Lebih menarik lagi, dalam forum yang, mengikut Steven Sim, dihadiri oleh “semua Cina kecuali Dr Tajuddin Rasdi”, ini Steven Sim, yang juga merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, bercakap panjang lebar mengenai betapa indahnya “the Kingdom of God” dan mengenai betapa “the Kingdom of God” adalah satu misi yang tidak dapat dihalang.

Dalam forum ini juga, Steven Sim malah turut melancarkan sebuah buku bertajuk “Bila Kamu Berkuasa Untuk Bertindak” (“When It Is In Your Power To Act”) yang kata pengantarnya ditulis oleh beliau sendiri dan yang kandungannya, mengikut Steven Sim, merekod dan mengumpulkan secara ‘chronicle’ kerja-kerja Kristian Malaysia di negara ini.

Apakah agaknya kesimpulan yang boleh dibuat dari semua fakta yang dinyatakan ini?

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,490
Reaction score
5,810
Points
1,346
komentar KEDUA dari Dr Kamarul Yusoff pada 16/9

Kamarul Yusoff
16 September jam 6:22 PG

APA BEZA NEGARA ISLAM PAS DENGAN KERAJAAN TUHAN KRISTIAN DAP?

Adalah sesuatu yang lumrah bagi pemimpin DAP untuk mengkritik PAS kerana dikatakan berpolitik menggunakan agama, khususnya kerana mahu mendirikan negara Islam, dan kerana dikatakan menyalahgunakan tempat ibadat seperti masjid dan surau untuk berpolitik.

Dalam forum bertajuk “Naratif Malaysia Baharu” (“New Malaysia Narrative”) di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor, pada 14 September 2019, inilah juga yang dilakukan oleh Steven Sim Chee Keong yang mengkritik Himpunan Penyatuan Ummah UMNO-PAS (HPU 914) di PWTC yang berlangsung pada hari yang sama dengan forum ini.

Malangnya, waktu berkata begitu, sangat ironi sekali bila Steven Sim sendiri sebenarnya sedang berpolitik menggunakan agama, khususnya kerana mahu mendirikan Kerajaan Tuhan Kristian (the Kingdom of God), dan kerana menyalahgunakan gereja untuk berpolitik.

Dalam ucapan beliau, Steven Sim bercakap panjang lebar mengenai betapa indahnya Kerajaan Tuhan Kristian (how wonderful the Kingdom of God is), mengenai bentuk Kerajaan Tuhan Kristian (the shape of the Kingdom of God) dan mengenai jenis politik yang dimahukan oleh Tuhan (the kind of politics Jesus was talking about when he talked about politics).

Dinyatakan oleh Steven Sim mengenai “The Jesus Manifesto” yang didakwa terkandung di dalam Bible, lengkap dengan huraian panjang lebar mengenai empat cirinya yang didakwa terkandung di dalam salah satu surah di dalamnya di samping dakwaan bahawa apa yang dilakukan oleh beliau di Kementerian Belia dan Sukan adalah memenuhi empat ciri ini.

Lebih jauh lagi, Steven Sim juga mendakwa bahawa Kerajaan Tuhan Kristian adalah satu misi yang tidak dapat dihalang dengan menyebut dua kali:
(1) “The Kingdom of God is an unstoppable mission, and the reason is simply this, God Himself will act on it, and that is our unshakeable confidence”.
(2) “The Kingdom of God is unstoppable, and this is our answer to all the ideologies of capitalism, communism, socialism, liberalism, nationalism, God Himself is committed to act and ensure the success of His own Kingdom”.

Apa implikasi kepada seruan bahawa “The Kingdom of God adalah satu misi yang tidak dapat dihalang”?

Dan mengapa mengkritik Negara Islam bila kamu sendiri bercakap mengenai “The Kingdom of God”?

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,490
Reaction score
5,810
Points
1,346
komentar KETIGA dari Dr Kamarul Yusoff pada 16/9

Kamarul Yusoff
16 September jam 3:13 PTG

BENARKAH MUNSYI ABDULLAH KRISTIAN?

Terdapat perdebatan yang hangat tetapi sihat dalam media sosial mengenai status agama Munsyi Abdullah ekoran dakwaan sejarawan dari New Era College University bernama Dr Lee Kam Hing dalam forum bertajuk “Naratif Malaysia Baharu” (“New Malaysia Narrative”) di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor, pada 14 September 2019 bahawa Munsyi Abdullah adalah dianggap umum sebagai bapa kepada Melayu Kristian moden (“Munsyi Abdullah was generally regarded as father of modern Malay Christian”).

Saya sendiri tidak pernah membuat sebarang kajian ke atas Munsyi Abdullah, begitupun pembacaan ringkas saya ke atas tulisan-tulisan ilmiah yang pernah dibuat ke atas beliau menunjukkan bahawa pandangan umum yang beliau beragama Kristian adalah tidak benar.

Saya petik dua tulisan sahaja.

Pertama adalah tulisan Dr Michael Northcott yang merupakan Professor of Religion and Ecology dari the Indonesian Consortium of Religious Studies di the Graduate School of Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia, bertajuk "Christian-Muslim Relations in West Malaysia: Islam and Christianity in the Colonial Era". Tulisan ini menyatakan bahawa di sebalik hubungan rapat antara Munsyi Abdullah dan William Milne dari The London Missionary Society (LMS) dan di sebalik keterlibatan beliau dalam kerja-kerja LMS (seperti menterjemahkan Bible ke dalam Bahasa Melayu), beliau kekal sebagai seorang Islam.

Kedua adalah tulisan Dr Rajantheran Muniandy yang merupakan Professor of Indian Studies dari the Department of Indian Studies di Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, bertajuk “The Life and Works of Munsyi Abdullah”. Tulisan ini menegaskan bahawa Munsyi Abdullah beragama Islam serta menyatakan bahawa Munsyi Abdullah sendiri sedar dan menafikan tanggapan negatif umat Islam kepada beliau disebabkan hubungan rapat antara beliau dan LMS. Turut diceritakan adalah kemarahan sesetengah pendakwah Kristian terhadap beliau kerana beliau, melalui kerja-kerja penterjemahan beliau, didakwa menghalang kemasukan Melayu ke dalam Kristian sehingga menyebabkan seorang paderi bernama Thomas Beinghton menggelarkan beliau sebagai seorang Islam yang licik.

Satu lagi faktor mengapa naratif Munsyi Abdullah beragama Kristian terlalu sukar diterima adalah fakta yang tercatat dalam banyak tulisan ilmiah bahawa Munsyi Abdullah meninggal dunia di Jeddah sewaktu beliau menunaikan ibadah haji pada tahun 1854. Terlalu sukar dibayangkan bahawa seorang yang beragama Kristian menunaikan ibadah haji dan menulis buku yang menyatakan perasaan gembira beliau untuk menunaikan ibadah haji.

Selain itu, keturunan beliau juga beragama Islam belaka, termasuklah Datuk Siti Saleha Sheikh Abu Bakar, yang mengambil masa selama tujuh tahun untuk menulis buku dokumentasi keturunan Munsyi Abdullah, yang merupakan moyang (great-great-grandfather) beliau, bertajuk “A Legacy Remembered”. Buku ini disempurnakan pelancarannya oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pada 21 April 2019.

Beban adalah terpikul di pihak yang mahu mengubah naratif sejarah ini, yang sekali gus menimbulkan kekecohan, untuk membuktikan kebenaran perkara yang mahu diubah itu.




Ahad, 21 April 2019 | 7:00pm


Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyampaikan ucapan ketika Majlis Pelancaran Buku ‘A Legacy Remembered’ hari ini. - Foto BERNAMA


Susur galur keturunan Munshi Abdullah dibukukan

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan menyempurnakan pelancaran buku dokumentasi keturunan Bapa Sastera Melayu Moden negara, Munshi Abdullah Sheikh Abdul Kadir, hari ini.



Baginda yang berangkat tiba di sebuah hotel di ibu negara pada kira-kira jam 2.30 petang tadi, disambut oleh penulis buku itu, Datuk Siti Saleha Sheikh Abu Bakar.



Buku dokumentasi setebal 200 muka surat itu, mengisahkan salasilah tujuh generasi keluarga penulis yang bermula kisah kehidupan moyangnya yang berasal dari Hadhramaut (kini dikenali sebagai Yaman) pada abad ke-16.



Selain memaparkan kisah kehidupan Munshi Abdullah, naskah itu turut mengupas kejayaan anak Abdullah, Muhammad Ibrahim yang dikenali sebagai ‘Father of Malay Education Johor’ ketika akhir abad ke-19.



Siti Saleha berkata, dia mengambil masa selama hampir tujuh tahun untuk menyiapkan buku berkenaan kerana kekangan masa


Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan meluangkan masa melihat galeri mini ketika Majlis Pelancaran Buku ‘A Legacy Remembered’ hari ini. - Foto BERNAMA




“Saya membuat kajian menerusi buku berkaitan Munshi Abdullah selain mendapatkan beberapa buku terjemahan karya penulisan moyang (Munshi Abdullah) dari luar negara dan membuat rujukan jurnal,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu di sini.



Bekas hakim itu berkata, buku berkenaan tidak akan dijual secara komersial sebaliknya akan diedarkan ke perpustakaan dan sekolah sekitar Johor.



Katanya, buku itu antara lain turut memuatkan kisah mengenai zaman kegemilangan Kesultanan Negeri Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. – BERNAMA

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,490
Reaction score
5,810
Points
1,346
komentar KEEMPAT dari Dr Kamarul Yusoff pada 17/9


Kamarul Yusoff

Semalam

KRITIKAN DR TAJUDDIN RASDI KE ATAS ISLAM DAN UMAT ISLAM DI GEREJA

Ramai rakan yang bertanya saya mengenai perkara-perkara yang dikritik oleh Dr Tajuddin Rasdi di hadapan penganut Kristian dalam forum “Naratif Malaysia Baharu” di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor, pada 14 September 2019.

Untuk tidak menghampakan mereka disertakan di sini petikan ucapan Dr Tajuddin Rasdi dalam forum ini.

(1) KRITIKAN KERANA ISLAM HANYA MENGAJAR ASPEK RITUAL DAN TIDAK MENGAJAR ASPEK SPIRITUAL

“Now in Islam spirituality is how many times you go to hajj, how many times you go for umrah, how many times you walk to the mosque. These are the forms that governs it.”

“See, in Islam they are being taught the rituals and the forms but not the jiwa, the inside. And this is the problem.”

(2) KRITIKAN KERANA UMAT ISLAM MENGANGGAP HANYA ISLAM SAHAJA AGAMA BETUL

“How can all faiths be right, only one must be and the others not. Now certainly if you speak to Muslims and this is how they see things: One (faith) must be right others must be wrong. Now I don’t like to speak for other faith but I think it is about almost the same lah.”

“People said that ‘Have you met God’, thing like that. And said the four faiths, no they have not met God. Then they are just like five blind men trying to figure out what the elephant is when they have never seen what the elephant is.”

(3) KRITIKAN KERANA UMAT ISLAM TIDAK MEMPELAJARI HADITH NABI

“But actually to tell you the truth why I am here and in one sense not being accepted by my own race and also my own faith is simply because of the accident of reading 20,000 hadiths of the Prophet Muhammad, from Bukhari, Muslim, these are the texts that are supposed that the ustazs have to read, but they don’t read it all anyway, and Muslims hardly read any.”

“Never learn, never read the hadith, only listen to the ustaz. That is the problem.”

“Many Malays because they don’t read they don’t find such thing.”

(4) KRITIKAN KERANA USTAZ TIDAK MAMPU BERFIKIR PANJANG

“Our public schools disallow other religions to be taught because they say it is going to confuse. Memanglah confused, you bagi the ustazs, they don’t know how to think beyond what they have been taught in the madrasah. Bagilah professor of architecture, bolehlah, kita tukar, because as architects we think outside of the box.”

(5) KRITIKAN KERANA KHUTBAH TIDAK MENGAJAR PERKARA BETUL

“But here the sermon doesn’t say it, the Friday khutbah I searched 200 khutbah, nobody says so. They did not tell those things don’t say this thing. So susahlah macam tu.”

Komen ringkas saya ialah perkara-perkara yang dikritik oleh Dr Tajuddin Rasdi ini tidak sepatutnya dikritik begitu kerana ia memperlihatkan seolah-olah hanya Islam dan umat Islam sahaja yang menjadi punca kepada masalah yang dihadapi oleh negara kita.

Tidak syak lagi, kritikan-kritikan terbuka begini terhadap Islam dan umat Islam yang dibuat di hadapan penganut Kristian dalam gereja pula pastilah boleh mendatangkan keresahan dan mengganggu keharmonian dalam masyarakat berbilang agama di negara ini.



 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,490
Reaction score
5,810
Points
1,346
komentar KELIMA dari Dr Kamarul Yusoff pada 17/9

Kamarul Yusoff
Semalam jam 8:25 PG

DR TAJUDDIN RASDI TAWAR DIRI JADI PENDINDING KRISTIAN DAN CINA

Salah satu perkara yang menarik dalam ucapan Dr Tajuddin Rasdi di hadapan golongan Kristian dan Cina dalam forum “Naratif Malaysia Baharu” di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor, pada 14 September 2019 adalah nasihat terbuka yang beliau berikan kepada mereka untuk menangani masalah yang mereka hadapi.

Kata Dr Tajuddin Rasdi, bila sahaja golongan Kristian dan Cina menghadapi masalah, mereka hendaklah jangan membuat kenyataan media sendiri (“whenever there is a problem, in Christianity or in Chinese, don’t make the press statement by yourself”) tetapi mereka hendaklah menggunakan orang Melayu seperti beliau, Siti Kassim dan Anas Zubedy.

Ini penting, ujar beliau, bagi membolehkan naratif dapat ditukar dan untuk melawan naratif yang dibuat oleh PWTC (“so we change the narrative and also we can counter the narrative that the PWTC makes”) kerana walaupun orang seperti beliau, Siti Kassim dan Anas Zubedy ini tidak ramai dalam masyarakat tetapi mereka mempunyai media (“we can have the media”).

Dakwa beliau lagi, hasil kenyataan media yang dibuat oleh merekalah maka usaha memboikot produk bukan Islam didakwa tidak begitu berjaya.

 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,490
Reaction score
5,810
Points
1,346
daripada Steven Sim himself


Dakwaan agenda Kristianisasi: Timbalan menteri jawab PAS

Steven Sim Chee Keong | Diterbitkan Hari ini 4:25 petang



Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan dalam portal Malaysiakini pada 18 September 2019, bertajuk "Polis perlu siasat forum Naratif Malaysia Baru".

Pada 14 September 2019, saya telah dijemput untuk berucap di sebuah forum yang bertajuk, "Anak Malaysia? Our story of past, present and future Malaysia".

Forum tersebut berlangsung dalam gereja untuk orang Kristian dengan tujuan untuk membincangkan tentang tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Dalam ucapan saya, saya telah mengetengahkan nilai-nilai dalam Bible sebagai panduan menjadi warganegara Malaysia yang baik, contohnya, keadilan, ketelusan, membantu golongan yang lemah dan miskin, menolak rasuah, penindasan dan perkauman.

Saya tidak mengkritik atau menyentuh mana-mana agama, malah mengajak penganut Kristian di Malaysia untuk menjadi warganegara yang mengamalkan nilai-nilai tersebut.

Justeru, saya menyeru Tuan Ibrahim Tuan Man agar menghormati kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan berhenti menabur kebencian serta perpecahan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.





Steven Sim Chee Keong adalah Ahli Parlimen Bukit Mertajam merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register