Polis nasihat tidak sertai demonstrasi, mereka yang berdegil diambil tindakan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Pihak Polis di sini, hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai demonstrasi bagi membantah penggunaan kalimah Allah oleh agama lain di sekitar ibu kota, terutamanya di kawasan masjid dan jalan raya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohammad Sabtu Osman berkata, pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu atau kumpulan yang cuba menganggu keselamatan dan ketenteraman awam termasuk di dalam masjid.

Bagaimanapun, beliau berkata, anggota polis sudah ditugaskan memantau beberapa lokasi utama seperti Masjid Jamek Kampung Baru dan Masjid Negara sejak dari awal pagi tadi, bagi memastikan usaha sesetengah pihak menganjurkan demonstrasi selepas sembahyang Jumaat dapat ditangani dengan berkesan.

"Sekiranya ada pihak yang merancang mengadakan demonstrasi di dalam masjid mahupun di perkarangannya sehingga menimbulkan kekecohan, ia tidak dibenarkan kerana akan mengganggu ketenteraman awam khususnya kepada umat Islam yang akan menunaikan sembahyang Jumaat, hari ini.

"Jika kumpulan itu bercadang untuk berarak di jalan raya dan mengganggu lalu lintas, anggota polis tidak teragak-agak untuk menahan mereka dan tindakan susulan akan diambil," katanya ketika dihubungi Berita Harian Online di sini, sebentar tadi.

Selain daripada dua lokasi utama itu, Mohammad Sabtu berkata, anggota polis turut ditempatkan di beberapa masjid lain di sekitar ibu kota bagi memastikan tidak berlaku sebarang kekecohan.

Mengulas pemberian permit untuk berhimpun, katanya, pihak polis tidak akan meluluskannya kerana demonstrasi itu dirancang diadakan di dalam dan perkarangan masjid.

Beliau berkata, tindakan kumpulan itu boleh menjejaskan ketenteraman awam di samping menimbul kegelisahan kepada orang lain khususnya umat Islam yang akan bersembahyang Jumaat, hari ini.
 
Sponsored Post

serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
Polis nasihat tidak sertai demonstrasi, mereka yang berdegil tidak diambil tindakan
 

fizex81

Fun Poster
Joined
Nov 24, 2008
Messages
440
Reaction score
71
Points
25
Perlu ke demonstrasi, ke kene buat rundingan damai? mana satu yang elok?
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
demonstrasi x boleh..perarakan boleh
 
Sponsored Post
Top
Log in Register