Polis nafi hanya perhati mangsa 2 kes kemalangan di serang di Selangor.

Recommended Brokers


strom

Legendary Member
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,711
Points
191
Pihak polis hari menafikan dakwaan anggotanya hanya memerhatikan ketika insiden serangan terhadap mangsa ekoran kemalangan jalan raya di bulatan Kota Klang pada 26 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Mohamad Shukor Sulong memberitahu Malaysiakini, ketika kejadian, tiada pegawai polis di lokasi dan pasukan keselamatan hanya tiba selepas dipanggil oleh orang awam.

Katanya, individu yang mendakwa diserang dan dirompak juga pada masa itu mabuk.

Bagaimanapun, kata Shukor, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi memastikan pihak manakah yang benar dan pihak manakah yang bersalah.

Beliau juga menyeru pihak mempunyai maklumat tampil membantu siasatan pihak polis.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran Eric Tan kelmarin menuntut polis Selangor menjelaskan tindakan pasukan itu yang didakwa gagal bertindak dalam dua kes melibatkan mangsa kemalangan yang didakwa diserang di tempat kejadian.

Dalam kes pertama, pemilik syarikat tunda kereta Ngiam Kee Buh mendakwa pekerjanya diserang selepas mengalami kemalangan dengan kereta lain dan polis didakwa hanya memerhatikan.

Kejadian kedua, pada keesokan hari, apabila seorang individu Muhammad Hadi Yeop Baharuddin mendakwa diserang lapan pelumba motosikal haram selepas melanggar salah seorang daripada mereka dengan keretanya.

Beliau berkata polis masih belum membuat sebarang penahanan walaupun beberapa orang daripada individu yang menyerangnya dikenal pasti oleh individu lain yang cuba menolongnya.

[Baca berita penuh] http://www.malaysiakini.com/news/270547


 
Top
Log in Register