Polis nafi barang kemas dalam simpanan hilang

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


KUANTAN - Polis menafikan dakwaan anak mangsa bunuh yang mendakwa barang kemas (bahan bukti) kes pembunuhan ibunya 14 tahun lalu hilang dalam simpanan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner, Mohd Zakaria Ahmad menjelaskan, barang kemas termasuk rantai leher bertatah mutiara, sepasang subang, loket merah, seutas rantai tangan dan seutas rantai leher dianggarkan bernilai RM50,000 itu sudah diserahkan kepada mahkamah sejak 2001 sebagai bahan bukti.

Menurutnya, berdasarkan rekod, barang kemas tersebut tidak diserahkan kembali kepada pihak polis sebaliknya berada dalam simpanan mahkamah.

“Kita dapati satu laporan polis pernah dibuat Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi bertarikh 10 Oktober 2011 berhubung kehilangan barang bukti tersebut.

“Pihak polis juga membuka kertas siasatan berhubung laporan itu dan masih dalam tindakan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Zakaria berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur kecuaian atau jenayah di sebalik kehilangan barang kemas itu.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/polis-nafi-barang-kemas-dalam-simpanan-hilang-1.150473
 
Sponsored Post

Ququd

Banned
Joined
Jun 13, 2008
Messages
1,305
Reaction score
0
Points
20
ooo... barang2 bukti nie agak bernilai jugak yer..
 

mat_letop

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Mar 30, 2012
Messages
6,636
Reaction score
65
Points
75
alah
kalau dadah pon poli s boleh merembat
ini kan barang berharga macm emas
dalam poli s banyak penyamun dan pengganas
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,670
Reaction score
21,084
Points
1,671
xkisahla hilang kt sapa yg penting hilang
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,549
Reaction score
499
Points
91
Hilang kat balai ke, mahkamah ke, yang pastinya hilang dalam simpanan pihak berkuasa. Dasar harapkan pagar, pagar telah memakan kesemua padi-padi.
 

rebellion

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 3, 2010
Messages
16,081
Reaction score
58
Points
135
“Pihak polis juga membuka kertas siasatan berhubung laporan itu dan masih dalam tindakan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

jadi memang ade kes, kenape barang kemas tak diserahkan semula kepada pihak polis, atau masih ada dalam simpanan makhamah
 

Dewa19Kangen

Banned
Joined
Oct 2, 2010
Messages
8,902
Reaction score
3
Points
65
polis cakap mahkamah pula,xpa pakcik kami semua tau polis memang sedia korupsi..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register