BTC USD 96,465.6 Gold USD 2,701.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis nafi 10 kematian akibat vape magic mushroom di Kuala Selangor

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,541
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,541
Reaction score
6,645
Points
881
Awards
1
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata dakwaan tidak berasas itu berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat jika terus disebarkan dengan maklumat yang tidak diketahui kesahihannya. - Gambar fail/PDRM

SHAH ALAM: Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kematian 10 remaja lelaki akibat menghisap rokok elektronik atau vape jenis 'magic mushroom' seperti dakwaan yang tular menerusi media sosial pada masa ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata dakwaan tidak berasas itu berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat jika terus disebarkan dengan maklumat yang tidak diketahui kesahihannya.

"Polis dengan tegas menyangkal dakwaan berkenaan dan ia adalah tidak benar.

"Pengguna media sosial diingatkan agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform itu untuk menyebar kandungan tidak sahih sehingga mengakibatkan kegusaran awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramli turut menasihati masyarakat supaya bersama-sama memantau serta mengambil berat berkaitan tabiat menghisap rokok elektronik dalam kalangan remaja dan belia supaya tidak terjerumus dalam aktiviti yang membahayakan kesihatan.

Pada Sabtu lepas, tular satu video memaparkan temu bual antara dua individu menerusi akaun TikTok mendakwa kematian seorang remaja lelaki akibat magic mushroom dan kematian itu didakwa yang ke-10 dalam daerah Kuala Selangor.

-- BERNAMA

1931.jpeg
1934.jpeg

Polis nafi 10 mati akibat vape 'magic mushroom'

KUALA SELANGOR - Polis menyangkal dakwaan telah berlaku kematian melibatkan 10 individu di daerah ini akibat menghisap vape atau rokok elektronik menggunakan cecair dikenali 'magic mushroom' yang tular di media sosial Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, semakan mendapati sebuah rakaman video memaparkan perbualan antara dua individu menerusi akaun TikTok yang mendakwa kematian seorang remaja lelaki akibat magic mushroom itu.

"Kematian tersebut turut didakwa merupakan antara 10 kes yang berlaku di daerah ini.

"Polis tegas menyangkal dakwaan ini dan berdasarkan semakan mendapati perkara ini tidak benar sama sekali," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, dakwaan itu merupakan perkara tidak berasas dan berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

"Pengguna media sosial diingatkan agar mengekang diri daripada menggunakan platform berkenaan untuk menyebarkan perkara yang tidak sahih.

"Masyarakat dinasihatkan agar memantau berkaitan tabiat menghisap vape di kalangan belia agar tidak terjerumus dalam aktiviti yang membahayakan kesihatan," katanya.

Pada Sabtu, tular video di media sosial mendakwa terdapat kematian akibat perbuatan menghisap vape menggunakan cecair jenis magic mushroom di Kuala Selangor.

Artikel ➡️ Sinar Harian
 
Sponsored Post

penah dgr magic mushroom ni dorang tanam kt tahi lembu... utk dptkan mushroom yg berkualiti lagi ummmpphh..
Jikalau yang dah kering tu ok lah, orang Africa sana dia orang buat bahan bakar untuk memasak makanan seperti orang melayu masak guna kayu api tu. Manakala yang masih basah baru keluar dari perut lembu tu mereka buat tampal dinding rumah dis orang.
 
Suami macam meracau, nak terajang anak bini lepas hisap vape... Rupanya dah ramai alami simptom sama

Ahad, 21 April 2024 2:00 PM
SEBAGAI pengamal perubatan Islam, Ustaz Hasnan sudah biasa berdepan pesakit yang terkena gangguan misteri seperti sihir dan saka.

Namun kata perawat itu, dia turut menerima pesakit yang berdepan masalah akibat pengambilan dadah sintetik dan rokok elektronik seperti vape.

Menerusi perkongsian baru-baru ini, Ustaz Hasnan mendedahkan kisah seorang lelaki yang meracau akibat pengambilan vape perisa magic mushroom.

file7mdtzushvdkiiglxogy

Bukan setakat kanak-kanak dan remaja, orang dewasa juga ketagih dengan vape. -Gambar hiasan

"Dadah flavour magic mushroom. Bahaya serupa kena kerasukan jin. Kes kesembilan kami terima pesakit lelaki berumur 20-an. Kerasukan dan bertindak luar batasan.

"Bila dah rawat dua hari, masih sama lagi. Kami minta waris kepada pesakit menghubungi ambulans dan hantar ke wad kecemasan. Tangan dan kaki kena ikat dekat katil hospital.

"Meronta-ronta tak keruan. Check darah semua negatif dadah. Pening juga pihak hospital. Bagi ubat penenang pun tak jalan," ujarnya.


Anak dan bini nyaris kena terajang. Nasib baik masa tu abang dia ada dalam rumah.

USTAZ HASNAN

Menurut Ustaz Hasnan, lelaki itu juga tidak sedarkan diri selama dua minggu.

Selepas kembali sedar, lelaki itu akhirnya mengaku dia menghisap vape yang menyebabkan dirinya meracau seperti dirasuk.

"Selepas dua minggu baru dia sedarkan diri, seolah-olah dua minggu lepas duduk di alam lain.

"Bila sedar tu, dia mengaku sebelum kena (sakit) dia ada hisap vape perisa magic mushroom. Bayangkan sebelum dia teruk macam kerasukan, dia pernah mengamuk dalam rumah.



"Dia kata orang belakang rumah kutuk dan ejek dia macam-macam. Padahal belakang rumah hutan semak, mana ada orang?

"Anak dan bini nyaris kena terajang. Nasib baik masa tu abang dia ada dalam rumah, pegang dia. Bahaya magic mushroom ni," ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen di akaun TikTok Ustaz Hasnan, ada netizen mendakwa turut berdepan kejadian sama melibatkan keluarga dan kenalan mereka.

Pic for story on vape. AZMAN GHANI / The Star

Perbuatan menghisap vape boleh membahayakan kesihatan. -Gambar hiasan

"Semua ni berlaku pada keluarga saya sekarang. Ya Allah, kuatkanlah aku.

"Kawan saya pernah kena. Tiba-tiba menjerit dan meracau macam nak gaduh dan ketakutan.

"Kawan kena sekali terus tak nak. Dia cakap roh dengan jasad dia terpisah," kongsi netizen.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register