eapui
Active+ Member
- Joined
- Dec 28, 2007
- Messages
- 4,827
- Reaction score
- 7
- Points
- 25
Polis minta bantuan maklumat kes langgar lari
JITRA: Polis meminta orang awam yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian langgar lari di persimpangan lampu isyarat Masjid Tanjung Pauh, di sini, yang mengakibatkan seorang pelajar maut kelmarin, tampil untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawal
Beliau berkata, setakat ini polis tidak mempunyai maklumat mencukupi bagi mengesan suspek kes terbabit.
“Ketika kejadian, Mustaqin menghala ke Tanah Merah sebelum dirempuh kenderaan berwarna putih yang menyusur keluar ke sebelah kiri jalan,” katanya di sini semalam.
Katanya, akibat rempuhan itu mangsa, anak kepada seorang anggota polis di Bahagian Pelesenan, Ibu Pejabat Kotinjen Kedah (IPK) di Alor Star, itu terpelanting dan cedera parah di kepala serta dada.
Mangsa dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada jam 5.30 petang, katanya.
Katanya, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes langgar lari berikutan tiada pihak tampil membuat laporan berkaitan kes berkenaan.
“Polis meminta kerjasama orang awam yang melihat kejadian itu atau mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek segera menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Juhaisam di talian 04-9172222 atau 012-6186272,” katanya. — Bernama
kalau ada sesiapa nak bantu bapak polisi ne