Polis mexico vs kartel dadah | Mayat wartawan ditemui dikerat di Mexico

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
Mexico violence: Homicide rate reached record numbers in 2019
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
Warrior Hounds: The Mexican women searching for their disappeared
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
29 mayat ditemui dalam satu liang kubur di Mexico

Sekurang-kurangnya 29 mayat ditemui dalam satu liang kubur di Tlajomulco de Zuniga, Jalisco. - Foto AFP

GUADALAJARA: Sekurang-kurangnya 29 mayat ditemui dalam satu liang kubur di sebuah hartanah di barat bandaraya ini.

Pihak berkuasa berkata kubur berkenaan ditemui di Jalisco, kawasan yang sering berlaku keganasan teruk dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang, di mana 80 mayat ditemui sejak November lalu.


Pejabat pendakwa raya tempatan berkata empat daripada mayat berkenaan dapat dikenal pasti dan sepadan dengan penyiasatan mengenai orang hilang yang sedang dijalankan.

Pihak berkuasa meneruskan carian di kubur berukuran 25 meter lebar 47 meter panjang itu, kira-kira 79 meter dari sebuah kubur mengandungi sekurang-kurangnya 50 orang yang ditemui Disember lalu manakala satu lagi kubur mengandungi 31 mayat ditemui November lalu.

Tiga kubur berkenaan ditemui selepas pihak tentera menyerbu sebuah gudang di Tlaquepaque November lalu, di mana lapan orang yang diculik diselamatkan, pelbagai senjata dirampas dan 15 orang ditahan.

Terdahulu, sebuah liang kubur dengan 34 mayat ditemui di Guadalajara pada 3 September manakala sebuah lagi kubur ditemui berhampiran Mei lalu, mengandungi 30 mayat.

Kira-kira 2,500 pembunuhan dilaporkan antara Januari hingga November di Jalisco, yang menjadi pusat operasi kartel Jalisco Nueva Generacion. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
10 mayat rentung ditemui dalam kenderaan



MEXICO CITY: Pihak berkuasa sedang menyiasat penemuan sebuah kereta yang terbakar dengan 10 mayat rentung di dalamnya di barat daya Guerrero.

Jurucakap pihak keselamatan Guerrero, Roberto Alvarez, berkata polis membuat penemuan ngeri itu di sebuah jalan luar bandar di wilayah Chilapa de Alvarez, selepas orang awam melaporkan ternampak kereta yang sedang terbakar.

Belum dapat dipastikan apa menyebabkan kereta itu terbakar dan berdasarkan laporan media, mangsa termasuk remaja serta lelaki menganggotai kumpulan muzik yang disyaki diserang penembak kartel dadah tempatan.

Guerrero, antara negeri termiskin Mexico, sudah lama dikenali sebagai antara lokasi paling ganas di negara itu terutama wilayah Chilapa de Alvarez, yang merekodkan kadar pembunuhan tertinggi tahun lalu.

Kartel dadah sering bertindak ganas mempertahankan laluan penyeludupan di sepanjang pesisiran pantai Pasifik.

Pada 14 Oktober lalu, 14 suspek jenayah dan seorang anggota tentera terbunuh di Guerrero selepas kumpulan bersenjata menyerang pasukan pihak berkuasa.

Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador, yang mengambil alih pucuk pimpinan negara lebih setahun lalu, berikrar membanteras jenayah ganas menerusi program sosial membasmi kemiskinan sehingga ke akar umbi berbanding tindakan ketenteraan.

Namun, negara itu menyaksikan hampir 29,000 pembunuhan tahun lalu dan menerima laporan mengenai kira-kira 275,000 pembunuhan sejak tentera kerajaan melancarkan operasi terhadap kartel dadah pada 2006. - Agensi
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
Investigan asesinato de 10 músicos en Chilapa, Guerrero
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
Kadar pembunuhan 2019 Mexico tertinggi sejak 1997


Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador.

MEXICO CITY: Terdapat hampir 35,000 pembunuhan berlaku di Mexico pada tahun 2019, kadar tertinggi sejak tahun 1997, tahun pertama di mana terdapat rekod rasmi, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Angka itu mengatasi kadar tertinggi sebelumnya, yang dicatat pada tahun 2018 dengan 33,743 pembunuhan.

Menurut laporan dari Sekretariat Keselamatan Awam, Jun mempunyai kadar pembunuhan tertinggi, dengan 2,993 mangsa daripada 34,582 pembunuhan pada 2019.

Kadar 2019 adalah bersamaan purata 95 pembunuhan sehari di Mexico, sebuah negara yang telah dilanda keganasan sejak tahun 2006, apabila perang ke atas dadah bersifat ketenteraan.

Sejak itu, hampir 275,000 orang terbunuh di Mexico, menurut angka rasmi yang tidak menyatakan berapa banyak kes yang dikaitkan dengan jenayah terancang.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador, yang pada Disember melengkapkan tahun pertama dalam tempoh enam tahun pemerintahannya, sedang berjuang untuk mengekang jenayah kekerasan yang banyak dikaitkan dilakukan oleh kartel dadah Mexico dan kumpulan jenayah lain. - AFP
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
6,988
Reaction score
93
Points
80
Kena hantar polis dan tentera elit komando pi sana gempur kartel dadah ni...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register