Polis mexico vs kartel dadah | Mayat wartawan ditemui dikerat di Mexico

CG Sponsors




Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
Mayat wartawan ditemui dikerat di Mexico

COATZACOALOS - Mayat seorang wartawan ditemui dikerat-kerat di kawasan yang diselubungi dengan keganasan di timur Mexico semalam, kata polis.

Penemuan itu adalah satu lagi kejadian pembunuhan di salah sebuah negara paling berbahaya di dunia untuk mereka yang mempunyai kerjaya itu.

Julio Valdivia yang bertugas dengan akhbar El Mundo de Veracruz ialah wartawan kelima dibunuh di negara tersebut pada tahun ini, kata kumpulan pemantau media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF).

Hugo Gutierrez iaitu menteri keselamatan merangkap ketua polis di Veracruz, negeri di timur Mexico mengutuk pembunuhan pengecut terhadap Valdivia yang berusia 41 tahun itu.

"Kami akan menggunakan semua sumber untuk mencari pihak yang bertanggungjawab (melakukan pembunuhan itu)," katanya menerusi satu kenyataan.

Mayat Valdiva itu ditemui bersama dengan motosikalnya di sebuah landasan kereta api di kawasan pergunungan perbandaran Tezonapa, kata akhbar tempat dia bertugas semasa hidup.

Ia melaporkan, dia pernah membuat liputan tentang konfrontasi antara polis dengan beberapa orang yang disyaki sebagai penjenayah. - AFP

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/100599/GLOBAL/Mayat-wartawan-ditemui-dikerat-di-Mexico
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
Mexico boosts fight against organised crime


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
MEXICO_CRIME_1603978375.jpg

Pegawai Suruhanjaya Pencarian Nasional Mexico (CNB) memeriksa lokasi kubur tersembunyi di Guanajuato, Mexico di mana 59 mayat ditemui. - Foto EPA


59 mayat ditemui di kubur tersembunyi di Mexico

CELAYA: Sekurang-kurangnya 59 mayat ditemui di kubur tersembunyi di Guanajuato, wilayah tengah Mexico, semalam.

Ketua Suruhanjaya Pencarian Nasional Mexico (CNB), Karla Quintana berkata sebilangan besar mayat masih mengandungi tisu dan tanda lain, menunjukkan mangsa yang masih muda dan remaja.

"Sementara menunggu pengesahan daripada pakar, antara 10 dan 15 mangsa adalah wanita," katanya.

Menurut Quintana, kuburan itu ditemui di kawasan Barrio de San Juan di Bandar Salvatierra, di bahagian selatan negara itu.

Beliau berkata, pihak berkuasa diberitahu mengenai kemungkinan lokasi kubur itu dua minggu lalu, dan agensi keselamatan negeri dan persekutuan bekerjasama selama lapan hari terakhir.

"Kami mempunyai lebih banyak kemungkinan positif, oleh itu kami akan terus berusaha," katanya.

Pesuruhjaya Negeri Hector Diaz berkata lebih 80 anggota pasukan melakukan pemeriksaan di kawasan itu melalui syif 18 jam sehari dan 52 penggalian yang membawa kepada penemuan mayat,

Guanajuato dikejutkan dengan peningkatan keganasan yang dikaitkan dengan pergolakan antara kartel saingan kuat Jalisco New Generation dan Santa Rosa de Lima.

Pada hari sama, mayat enam lelaki dan dua wanita ditemui di Ciudad Juarez, bersempadan Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan polis, tangan dan kaki mereka diikat dengan kesa luka yang dihasilkan melalui peluru senjata api kaliber besar di kepala dan toraks serta kesan keganasan di pelbagai bahagian badan. - AFP
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,956
Reaction score
1,698
Points
151
Ini negara druglord
Dragon lain mcm
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
wartawan_1604106813.jpg

Arturo Alba Medina

Wartawan dibunuh, yang keenam di Mexico tahun ini

MEXICO CITY: Seorang wartawan Mexico mati ditembak di bandar dipenuhi jenayah, Ciudad Juarez, berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS), kata Gabenor Chihuahua, Javier Corral, pada Jumaat.

Mangsa, Arturo Alba Medina, adalah wartawan keenam yang dibunuh di Mexico tahun ini, yang menjadi antara negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan.

Corral mengutuk insiden yang disifatkan sebagai 'pembunuhan oleh pengecut' dan menggesa pendakwa raya memastikan pembunuhnya dihukum.

"Keadilan akan tertegak," katanya menerusi Twitter.

Medina, seorang wartawan dan hos berita televisyen berusia 49 tahun, dibunuh beberapa minit selepas berakhir programnya pada Khamis malam, lapor Reporters Without Borders (RSF).

Menerusi program terakhir, mangsa membincangkan isu rasuah polis, dakwaan pembunuhan kanak-kanak di bawah umur oleh ejen kerajaan dan persaingan antara pengedar dadah,

Mayat mangsa ditemukan dalam kenderaan bersama 11 kelongsong peluru.

Lebih 100 wartawan direkodkan dibunuh di Mexico sejak 2000, di mana bertanyakan soalan mengenai rasuah politik atau kartel dadah berkuasa boleh membawa kepada kematian.

Hanya sebahagian kecil daripada jenayah itu berakhir dengan sabitan kesalahan. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
113 lagi mayat dijumpai di kubur besar di Mexico

BOGOTA - Pihak berkuasa Mexico pada Selasa mengumumkan penemuan sebuah kubur besar di negeri Jalisco, lapor Agensi Anadolu.

Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya 113 mayat dijumpai semasa kerja-kerja menggali kubur dilakukan.

Sejumlah 30 mayat, dua daripadanya wanita sudah dikenal pasti saudara masing-masing dan usaha untuk mengenal pasti mayat yang lain sedang dilakukan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, antara 2006-2020 sudah 897 mayat dijumpai di kubur rahsia di Jalisco.

Sementara itu, sebanyak 6,900 mayat ditemui di 4,092 kubur rahsia di seluruh negara sejak 2006.

Jalisco merupakan penempatan kartel Jalisco New Generation, satu daripada kumpulan jenayah terancang paling ganas dan kuat di Mexico. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...-lagi-mayat-dijumpai-di-kubur-besar-di-Mexico
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post
Top
Log in Register