Polis mexico vs kartel dadah | Mayat wartawan ditemui dikerat di Mexico

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
Pihak berkuasa Mexico temui 24 mayat

MEXICO CITY : Pihak berkuasa Mexico semalam berkata, mereka menemui 24 mayat di negeri Michoacan, barat negara itu, serentak dengan peningkatan kes jenayah berkaitan dadah.

Mayat kesemua mangsa, berusia antara 20 dan 40 tahun termasuk lima wanita, ditemui di sebuah premis yang masih dalam pembinaan, kata pendakwa negeri, Adrian Lopez kepada wartawan.

Katanya, pihak berkuasa menemui mayat berkenaan selepas penahanan beberapa individu dalam operasi berasingan.

Michoacan, pusat industri avokado negara, muncul sebagai antara negeri paling berbahaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, akibat pertelingkahan antara kumpulan sindiket dadah yang saling berebut kawasan. - Reuters
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
Inside Mexico’s Warring Cartels and the Millions of People They’ve Displaced
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
16 maut perebutan legasi El Chapo
guzman_1593161284.jpg

Perebutan untuk menguasai legasi Raja Dadah Joaquin 'El Chapo' Guzman semakin buruk dalam kalangan kumpulan gangster Mexico. Foto AGENSI

CULIACAN, MEXICO: Perebutan untuk menguasai legasi Raja Dadah Joaquin 'El Chapo' Guzman semakin buruk dalam kalangan kumpulan gangster Mexico, apabila 16 maut dalam tragedi berbalas tembakan.

Mangsa yang dilihat memakai senjata berat serta baju anti peluru maut dalam tragedi tembakan yang berlarutan selama enam jam di sebuah bandar pedalaman, Tepuche di negeri Sinaloa.

"Sebuah van dengan tujuh mayat di kesan," kata menteri keselamatan Sinaloa, Cristobal Castaneda, yang turut memberitahu, penemuan sembilan lagi mayat.

Castaneda berkata, pertembungan berhampiran ibu negeri Culiacan itu adalah 'ketegangan antara dua kumpulan penjenayah terancang di kawasan itu'.

Media tempatan itu melaporkan, konflik membabitkan ahli kartel Sinaloa, yang sebahagiannya dikuasai oleh anak lelaki kepada El Chapo yang menentang kumpulan yang diketuai Ismael 'El Mayo' Zambada.

Laporan itu turut menyebut, ketegangan yang berlarutan berlaku dalam kalangan kartel dadah paling berkuasa Mexico, meskipun El Chapo ditahan pada 2016 dan sudah diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS), yang kini menjadi tahanan seumur hidup.

Castaneda berkata, permusuhan itu sudah berlarutan lama dan menyebabkan insiden sama berlaku di beberapa lokasi sejak 29 Mei lalu.

Kesan daripada insiden berbalas tembakan itu, polis menganggarkan sebanyak 40 senjata berat, 10 bom tangan, 36,000 peluru dan 24 kenderaan digunakan.

Tujuh yang ditemui mati itu dikenal pasti sebagai penduduk Tepuche.

Wartawan AFP yang meninjau bandar itu turut menemui beberapa rumah dibiarkan kosong oleh keluarga yang melarikan diri akibat takut dengan keganasan itu.

"Kebanyakan penduduk sudah pergi tetapi kami tetap tinggal kerana mempunyai haiwan ternakan yang perlu dijaga.

"Jika kerajaan menyuruh kami pergi, kami akan menurutinya," kata seorang wanita berusia 63 tahun.

Sementara itu, menurut bekas ketua operasi antarabangsa Agensi Penguatkuasaan Dadah AS (DEA), Mike Vigil, berkata

El Chapo mempunyai tiga anak lelaki yang dikenali sebagai 'Chapitos' atau Chapos kecil dan mereka berebut untuk menguasai kartel itu.

"Ia adalah berkaitan pewarisan. Sejak bapa mereka mengasaskan kartel Sinaloa, mereka percaya bahawa mereka juga harus menguruskan kartel itu.

"Mereka bertiga hanya tahu menghabiskan wang, dan apabila tahu bagaimana kartel itu beroperasi, mereka mahu menguasainya dan itulah mengakibatkan ketegangan berlaku," kata Vigil kepada AFP, yang berkata anak El Chapo, Ivan, Jesus dan Ovidio sebelum ini bersetuju supaya Zambada mengambil alih sementara urusan itu ketika mahu 'belajar mengenai perniagaan'. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
MEXICO-CRIME-DRUGS-ATTACK_1593669178.jpg

Seorang wanita pengsan di lokasi 24 orang terbunuh di Irapuato, sebuah pekan di Guanajuato, tengah Mexico. - Foto AFP

Penyerang bersenjata serbu pusat pemulihan dadah, 24 maut

GUABAJUATO: Sekumpulan lelaki bersenjata semalam menyerang sebuah pusat pemulihan dadah di tengah Mexico, membunuh sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan tujuh yang lain.

Menurut laporan awal pihak berkuasa, kesemua suspek memasuki pusat terbabit dan memaksa mangsa meniarap di atas lantai sebelum menembak mereka.

Setiausaha Keselamatan Awam pekan Irapuato, Pedro Cortes, berkata suspek digambarkan saksi menaiki kenderaan berwarna merah, tanpa sebarang maklumat lanjut.

"Laporan awal yang kami peroleh hanyalah kejadian itu meragut 24 nyawa dan mencederakan tujuh mangsa lain.

"Pihak berkuasa sedang berusaha mengesan kenderaan itu," katanya.

Irapuato terletak di barat laut Mexico City di Guanajuato, sebuah negeri yang sering berlaku jenayah terancang dan keganasan, selain menjadi tuan rumah kepada industri serta sektor pengeluaran.

Faktor ini, digabungkan dengan sektor tenaga di negeri berkenaan, menarik minat pelbagai kumpulan seperti Generasi Baru Jalisco dan kartel dadah Santa Rosa de Lima yang turut terbabit dengan jenayah penyeludupan, penculikan dan kecurian minyak.

Pada 21 Jun, pihak berkuasa Mexico mengumumkan penahanan 26 anggota Santa Rosa de Lima, selepas lima buah kenderaan yang dibakar digunakan untuk menghalang laluan di bandar Celaya, Salamanca dan Villagran.

Hanya sehari sebelum itu, enam sekeluarga termasuk seorang mangsa di bawah umur dilaporkan dibunuh di Celaya. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
Selatan Mexico paling bahaya bagi wartawan

MEXICO CITY: Wartawan Mexico, Julio Cesar Zubillaga menggigil apabila anak perempuannya bertanya kenapa ada pihak yang mahu membunuhnya.

Seorang rakan wartawan kepada Zubillaga dibunuh malah beliau yang juga pengarang akhbar Lar Tarde turut menerima ancaman bunuh dan serangan bersenjata di pejabatnya.

Pengalaman beliau yang berusia 51 tahun itu memberi gambaran status di selatan Mexico sebagai antara wilayah paling bahaya di negara itu dan paling bahaya di dunia bagi wartawan.

Zubillaga membantu mempersiapkan mayat Pablo Morrugares, seorang wartawan akhbar digital, PM Noticias, selepas dia dan seorang anggota polis yang mengawalnya di sebuah restoran di Iguala, ditembak.

Beliau yang juga pengarang akhbar La Tarde merayu kepada umum supaya keadilan ditegakkan kepada wartawan berusia 48 tahun itu, yang pernah terselamat dalam satu serangan pada 2016.

"Ia adalah pembunuhan yang kejam. Saya boleh bayangkan apabila melihat muka mendiang Pablo. Saya mempersiapkan mayatnya, namun kurang empat rakan yang datang. Semua orang takut dan kami hidup dalam ketakutan," katanya kepada AFP.

Pada hari berikutnya, Zubillaga menerima ancaman menerusi media sosial dan Selasa lalu, lelaki bersenjata menembak pejabatnya secara rambang.

Sekurang-kurangnya 10 wartawan dari Iguala pernah menerima ancaman bunuh dari kumpulan penjenayah, kata Zubillaga, yang merayu kepada kerajaan Andres Manuel Lopez Obrador yang berhaluan kiri untuk memberikan perlindungan.

Sejak 2000, lebih 100 wartawan Mexico dibunuh, dan 92 peratus daripada kes itu masih tidak diselesaikan, kata satu kumpulan wartawan. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
Tentera Mexico rampas hampir 3,000 kg kokain

MEXICO CITY: Pasukan tentera Mexico berjaya merampas dadah hampir 3,000 kilogram (kg) dari sebuah bot laju di perairan Mahahual di Quintana Roo baru-baru ini.

Menurut jurucakap tentera laut Mexico, sebuah helikopter pasukan marin dan Pertahanan Kebangsaan sedang membuat rondaan sebelum mengesan sebuah bot laju yang mencurigakan kira-kira 135 kilometer (km) dari pantai Mahahual.

Sebuah video yang dikongsi menunjukkan anggota tentera turun dari sebuah helikopter menggunakan tali ke atas bot berkenaan sebelum menahan tiga individu.

Bot berkenaan dibawa ke pelabuhan berhampiran dan pasukan tentera mendapati terdapat 2,960 kg kokain yang dibalut dalam 74 bungkusan plastik dianggarkan bernilai AS$142 juta (RM589 juta).

Rampasan itu dibuat empat hari selepas jet pejuang tentera memintas sebuah pesawat ringan di ruang udara Mexico dan mengiringinya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Palenque di negeri Chiapas.

Hasil pemeriksaan pada pesawat enjin berkembar Dassault Falcon itu menemui dadah berjumlah AS$65 juta (RM270 juta) dan dua lelaki termasuk juruterbangnya ditahan. - AGENSI
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
6,988
Reaction score
93
Points
80
Sana dadah gila2 punya...tentera pun xleh setel...gila betul
 
Sponsored Post
Top
Log in Register