BTC USD 43,175.4 Gold USD 1,751.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis mexico vs kartel dadah |Kartel gantung mayat musuh di jambatan

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,270
Reaction score
5,529
Points
721
14HMroki_1623711010.jpg


Kekasih ketua kartel mati ditembak​


Mexico City: Hanya beberapa bulan selepas pembunuhan ngeri terhadap ketua kartel dadah, Alexis 'El Alexis' Martinez di wilayah Jalisco, kekasihnya pula menjadi mangsa.

Paulina Arreola Perez, 26, antara trio gengster yang dikenali sebagai Las Novias de La Union, bersama-sama Valeria Diaz dan Nayibi Mustafa.

Ketiga-tiganya mati dibunuh dalam tempoh 12 bulan lalu.

Sejak kematian Martinez, Perez menjalankan perniagaan menjual kasut dalam talian dan polis percaya pembunuhan wanita itu mungkin ada kaitan dengan teman lelakinya.

Daily Star melaporkan polis percaya dia mungkin dibunuh seseorang yang menyamar sebagai seorang pelanggan.

Lelaki bersenjata yang menunggang motosikal menembaknya.

Ketika kejadian, Perez bersama seorang rakan lelaki dikenali sebagai Eduardo Arturo Trejo di kawasan Benito Juarez di Mexico City, 9 Jun lalu.

Perez ditembak sekurang-kurangnya sembilan kali dan Eduardo, dua kali, semasa mereka duduk di dalam kereta wanita itu.

Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian membawa mereka ke hospital, namun kedua-duanya kemudian disahkan meninggal dunia.

Perez dipercayai menjadi sasaran kerana hubungannya dengan kumpulan penjenayah La Union Tepito.

Kumpulan itu terbabit dalam pembunuhan, penculikan, pemerasan dan pengedaran dadah di dalam dan sekitar ibu negara Mexico.

Sebelum ini, Karina Itzel Morales, teman wanita Martinez sebelum Perez, hilang secara misteri pada 2018.

Media melaporkan Martinez, dibunuh oleh pembunuh yang menyamar sebagai pekerja penghantaran di bandar Zapopan, Mac lalu.

Dia suka menunjukkan gaya hidup mewahnya melalui Instagram menerusi foto pelancongan ke Madrid, Paris dan Milan.

Lelaki itu juga dilihat memakai pakaian eksklusif yang direka khas selain barang peribadi dikatakan bernilai 200,000 peso (kira-kira RM41,000)

Perez pula menunjukkan kehidupan mewah di media sosial termasuk gambarnya yang sedang bercuti di Dubai, Athens dan Toronto, yang sebahagian besarnya dibayar dengan kad kredit klon.

Selepas kematian teman lelakinya, wanita muda itu menulis di media sosial, 'suatu hari kita akan bertemu lagi.'
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,928
Reaction score
2,147
Points
201
Power of corruption.. semua jadi susah.. sampaikan nak bersihkan semula pon susah
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,270
Reaction score
5,529
Points
721
23HMec_1624486813.jpg


Kartel gantung mayat musuh di jambatan​


Mexico City: Seksa sebelum gantung. Itu tindakan kejam kartel dadah pernah diketuai Joaquin 'El Chapo' Guzman iaitu Kartel Sinaloa terhadap musuh mereka.

Media tempatan melaporkan, mangsa ditemui digantung di jambatan di bandar Fresnillo di Zacatecas, negeri di utara Mexico, pada 19 Jun lalu.

Pembunuh meninggalkan mayat mangsa dalam keadaan separuh bogel.

Beberapa hari sebelumnya, anggota Kartel Sinaloa menyoal siasat tiga askar daripada kumpulan musuhnya, Jalisco New Generation Cartel (CJNG).

Mangsa kemudian dipercayai diseksa sebelum diikat di jambatan, lapor Infobae.

Permusuhan kedua-dua kumpulan penjenayah itu sudah berlanjutan selama bertahun-tahun.

Beberapa kali, kedua-duanya 'berperang' untuk mengawal laluan perdagangan dadah ke Amerika Syarikat.

Kejadian terbaharu itu dipercayai sebahagian daripada 'Operasi MZ' Kartel Sinaloa.

Ia diumumkan Oktober lalu menerusi surat oleh ketua Kartel Sinaloa, Ismael 'El Mayo' Zambada.

Dia mengambil alih kartel itu sejak pemimpin kumpulan itu, El Chapo diekstradisi dan kini dipenjarakan di Amerika Syarikat.

Dalam pesanan video, beberapa lelaki bersenjata mengancam pegawai tempatan dan memberi amaran 'kepala akan bergolek di wilayah dikuasai CJNG'.

Pakar kartel dan bekas polis persekutuan AS, Robert Almonte berkata, dia percaya kejadian sama akan berlaku bukan hanya di Zacatecas.

Katanya, operasi itu diarahkan pemimpin tertinggi Kartel Sinaloa dan ia dipersetujui oleh El Mayo.

Katanya, usaha itu mungkin membabitkan ratusan orang termasuk penguat kuasa undang-undang serta pegawai tentera yang mengambil rasuah.

Media sebelum ini melaporkan tujuh mayat ditemui di Zacatecas, Disember lalu, dipercayai dibunuh oleh Kartel Sinaloa.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,270
Reaction score
5,529
Points
721

18 maut tembakan kartel dadah di Mexico​



MEXICO CITY: Seramai 18 orang maut dalam serangan tembakan antara dua kumpulan disyaki kartel dadah di Mexico, semalam.

Jurucakap kerajaan negeri, Rocio Aguilar, berkata insiden itu berlaku di sebuah kawasan terpencil di Zacatecas.

"Seramai 18 orang maut dan konfrontasi berlaku dalam komuniti San Juan Capistrano di kawasan Valparaiso.

"Ia membabitkan antara geng yang bersaing untuk merebut kawasan," katanya kepada Milenio TV.

Media tempatan melaporkan beberapa kejadian tembakan berlaku sejak Rabu lalu, malah mayat dua anggota polis ditemui digantung pada jambatan di Zacatecas.

Namun setakat ini, Aguilar menjelaskan, pihak berkuasa belum menemui sebarang kaitan antara penemuan itu dengan insiden berdarah di Valparaiso, semalam.

Keganasan berkait dadah meragut lebih 300,000 nyawa di Mexico sejak 2006, apabila kerajaan mula menempatkan pasukan persekutuan untuk memerangi kartel. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register