BTC USD 39,020.1 Gold USD 1,817.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis mexico vs kartel dadah |Kartel gantung mayat musuh di jambatan

sexy-angel

Super Active Member
Joined
Feb 4, 2008
Messages
5,441
Reaction score
146
Points
83
1599486702452.png


lebih kurang citer dia...
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
Mayat wartawan ditemui dikerat di Mexico

COATZACOALOS - Mayat seorang wartawan ditemui dikerat-kerat di kawasan yang diselubungi dengan keganasan di timur Mexico semalam, kata polis.

Penemuan itu adalah satu lagi kejadian pembunuhan di salah sebuah negara paling berbahaya di dunia untuk mereka yang mempunyai kerjaya itu.

Julio Valdivia yang bertugas dengan akhbar El Mundo de Veracruz ialah wartawan kelima dibunuh di negara tersebut pada tahun ini, kata kumpulan pemantau media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF).

Hugo Gutierrez iaitu menteri keselamatan merangkap ketua polis di Veracruz, negeri di timur Mexico mengutuk pembunuhan pengecut terhadap Valdivia yang berusia 41 tahun itu.

"Kami akan menggunakan semua sumber untuk mencari pihak yang bertanggungjawab (melakukan pembunuhan itu)," katanya menerusi satu kenyataan.

Mayat Valdiva itu ditemui bersama dengan motosikalnya di sebuah landasan kereta api di kawasan pergunungan perbandaran Tezonapa, kata akhbar tempat dia bertugas semasa hidup.

Ia melaporkan, dia pernah membuat liputan tentang konfrontasi antara polis dengan beberapa orang yang disyaki sebagai penjenayah. - AFP

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/100599/GLOBAL/Mayat-wartawan-ditemui-dikerat-di-Mexico
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
MEXICO_CRIME_1603978375.jpg

Pegawai Suruhanjaya Pencarian Nasional Mexico (CNB) memeriksa lokasi kubur tersembunyi di Guanajuato, Mexico di mana 59 mayat ditemui. - Foto EPA


59 mayat ditemui di kubur tersembunyi di Mexico

CELAYA: Sekurang-kurangnya 59 mayat ditemui di kubur tersembunyi di Guanajuato, wilayah tengah Mexico, semalam.

Ketua Suruhanjaya Pencarian Nasional Mexico (CNB), Karla Quintana berkata sebilangan besar mayat masih mengandungi tisu dan tanda lain, menunjukkan mangsa yang masih muda dan remaja.

"Sementara menunggu pengesahan daripada pakar, antara 10 dan 15 mangsa adalah wanita," katanya.

Menurut Quintana, kuburan itu ditemui di kawasan Barrio de San Juan di Bandar Salvatierra, di bahagian selatan negara itu.

Beliau berkata, pihak berkuasa diberitahu mengenai kemungkinan lokasi kubur itu dua minggu lalu, dan agensi keselamatan negeri dan persekutuan bekerjasama selama lapan hari terakhir.

"Kami mempunyai lebih banyak kemungkinan positif, oleh itu kami akan terus berusaha," katanya.

Pesuruhjaya Negeri Hector Diaz berkata lebih 80 anggota pasukan melakukan pemeriksaan di kawasan itu melalui syif 18 jam sehari dan 52 penggalian yang membawa kepada penemuan mayat,

Guanajuato dikejutkan dengan peningkatan keganasan yang dikaitkan dengan pergolakan antara kartel saingan kuat Jalisco New Generation dan Santa Rosa de Lima.

Pada hari sama, mayat enam lelaki dan dua wanita ditemui di Ciudad Juarez, bersempadan Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan polis, tangan dan kaki mereka diikat dengan kesa luka yang dihasilkan melalui peluru senjata api kaliber besar di kepala dan toraks serta kesan keganasan di pelbagai bahagian badan. - AFP
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,575
Reaction score
2,585
Points
201
Ini negara druglord
Dragon lain mcm
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
wartawan_1604106813.jpg

Arturo Alba Medina

Wartawan dibunuh, yang keenam di Mexico tahun ini

MEXICO CITY: Seorang wartawan Mexico mati ditembak di bandar dipenuhi jenayah, Ciudad Juarez, berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS), kata Gabenor Chihuahua, Javier Corral, pada Jumaat.

Mangsa, Arturo Alba Medina, adalah wartawan keenam yang dibunuh di Mexico tahun ini, yang menjadi antara negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan.

Corral mengutuk insiden yang disifatkan sebagai 'pembunuhan oleh pengecut' dan menggesa pendakwa raya memastikan pembunuhnya dihukum.

"Keadilan akan tertegak," katanya menerusi Twitter.

Medina, seorang wartawan dan hos berita televisyen berusia 49 tahun, dibunuh beberapa minit selepas berakhir programnya pada Khamis malam, lapor Reporters Without Borders (RSF).

Menerusi program terakhir, mangsa membincangkan isu rasuah polis, dakwaan pembunuhan kanak-kanak di bawah umur oleh ejen kerajaan dan persaingan antara pengedar dadah,

Mayat mangsa ditemukan dalam kenderaan bersama 11 kelongsong peluru.

Lebih 100 wartawan direkodkan dibunuh di Mexico sejak 2000, di mana bertanyakan soalan mengenai rasuah politik atau kartel dadah berkuasa boleh membawa kepada kematian.

Hanya sebahagian kecil daripada jenayah itu berakhir dengan sabitan kesalahan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
113 lagi mayat dijumpai di kubur besar di Mexico

BOGOTA - Pihak berkuasa Mexico pada Selasa mengumumkan penemuan sebuah kubur besar di negeri Jalisco, lapor Agensi Anadolu.

Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya 113 mayat dijumpai semasa kerja-kerja menggali kubur dilakukan.

Sejumlah 30 mayat, dua daripadanya wanita sudah dikenal pasti saudara masing-masing dan usaha untuk mengenal pasti mayat yang lain sedang dilakukan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, antara 2006-2020 sudah 897 mayat dijumpai di kubur rahsia di Jalisco.

Sementara itu, sebanyak 6,900 mayat ditemui di 4,092 kubur rahsia di seluruh negara sejak 2006.

Jalisco merupakan penempatan kartel Jalisco New Generation, satu daripada kumpulan jenayah terancang paling ganas dan kuat di Mexico. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...-lagi-mayat-dijumpai-di-kubur-besar-di-Mexico
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
Mexico's Cartels Are Deadlier Than Ever Despite the Pandemic
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
12 mayat ditemui dibuang di timur Mexico

COATZACOALCOS: Sebanyak 12 mayat yang mempunyai tanda-tanda penyeksaan ditemui dibuang di wilayah timur Mexico yang dicemari oleh keganasan yang berkaitan dengan kumpulan, kata pihak berkuasa semalam.

Siasatan dilancarkan selepas penduduk menemui mayat pada malam Ahad di El Amate di negeri Veracruz, kata pejabat keselamatan awam wilayah itu.

Keadaan dan identiti mayat tidak jelas.

Namun, sumber Pengawal Nasional memberitahu AFP dengan syarat tidak mahu identitinya tidak didedahkan bahawa mereka dipercayai penculik yang dibunuh oleh kumpulan pertahanan tempatan.

Negeri Veracruz yang menempatkan salah satu pelabuhan terbesar di Mexico, adalah tempat perang berdarah antara kartel dadah yang bermusuhan, Jalisco New Generation dan Los Zetas.

Kira-kira 300,000 orang telah dibunuh sejak kerajaan mengerahkan tentera untuk memerangi perdagangan dadah pada 2006, menurut pihak berkuasa, yang menyatakan kebanyakan pembunuhan itu berkaitan dengan keganasan kumpulan.

Sebagai tindak balas, kumpulan pengawal awam bersenjata telah muncul di berbagai bahagian di negara itu. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
19 mayat rentung ditemui di sempadan Mexico-AS

CIUDAD VICTORIA: Sekurang-kurangnya 19 mayat yang rentung ditemui di Mexico berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS), di sebuah kawasan di mana kartel dadah sering bertempur, menurut pejabat pendakwa raya Tamaulipas.

Sabtu lalu, polis menemui dua kenderaan yang hangus mengandungi beberapa mayat yang sudah rentung, di sebuah jalan berhampiran bandar Carmago.

Siasatan awal polis mendapati mangsa ditembak dan kemudian tubuh mereka dibakar tetapi tiada kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian, bermakna wujud kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain.

Bedah siasat sedang dijalankan, namun pengecaman mayat sukar dilakukan kerana keadaan mereka, kata sumber di pejabat pendakwa raya.

Carmago, sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 15,000 penduduk, adalah sempadan negeri AS dan berdekatan negeri Nuevo Leon di Mexico.

Pihak berkuasa dari Nuevo Leon sedang bekerjasama dengan pejabat pendakwa raya Tamaulipas.

Wilayah itu menyaksikan banyak pertelingkahan antara kartel Noreste yang mengawal sebahagian Nuevo Leon dan kartel Gulf yang sudah berdekad lamanya berkuasa di Tamaulipas.

Pada Januari 2019, di bandar berjiran, Miguel Aleman, 24 mayat dijumpai, yang mana 15 daripadanya rentung.

Mexico merekodkan 34,523 kes pembunuhan pada 2020, sedikit penurunan berbanding 2019 dengan 34,608 kes, iaitu rekod tertinggi sejak penjumlahan rasmi dibuat.

Keganasan berkaitan kartel dadah berlaku di Mexico sejak 2006, dengan lebih 300,000 kes pembunuhan sejak daripada itu. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register