BTC USD 60,897.1 Gold USD 1,763.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis mengambil keterangan tiga individu berhubung penganjuran Himpunan Hijau

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
Polis mengambil keterangan daripada tiga individu berhubung penganjuran Himpunan Hijau – perhimpunan bagi membantah kegiatan perlombongan di Raub yang berlangsung Ahad lalu.

Individu berkenaan pengerusi jawatankuasa penganjur, Wong Kim Hoong, naib pengerusinya Tengku Shahadan Tengku Jaafar dan seorang pembantu kepada ADUN Tras, M Raju.

Ketiga-tiga individu berkenaan hadir di balai polis Raub pada kira-kira jam 12.30 tengahari dan meninggalkan balai berkenaan tiga jam kemudian.

Menurut Raju, siasatan polis memfokuskan kepada kehadiran beberapa orang kanak-kanak di bawah umur 15 tahun di perhimpunan dan perarakan tersebut.

"Polis berkata kami melanggar dua ketetapan dalam perhimpunan tersebut kerana kami tidak dibenarkan membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dan kerana kami berarak daripada lokasi perhimpunan.

"Saya beritahu mereka kami tidak mahu berarak tetapi polis berjanji bahawa wakil daripada syarikat lombong emas akan berada di sana untuk terima memorandum kami. Tetapi, perkara ini tidak berlaku jadi kami berarak," katanya.

Dalam perhimpunan itu, sekumpulan 10,000 peserta mula berarak daripada padang kompleks sukan Raub ke lombong Raub Australia Gold Mining (RAGM) Sdn Bhd Bukit Koman.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh polis pada jarak kira-kira 500 meter daripada padang berkenaan.
 
Last edited:
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register