BTC USD 117,793 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis maut, lima cedera dalam insiden berbalas tembakan di balai polis Narathiwat

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,221
Joined
Dec 6, 2010
Messages
21,221
Reaction score
1,504
Points
201
Polis maut, lima cedera dalam insiden berbalas tembakan di balai polis Narathiwat

Narathiwat: Seorang anggota polis maut manakala lima lagi cedera diserang sekumpulan lelaki bersenjata di Balai Polis Chanae di sini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Chanae, Kol. Pol. Wirasak Pesaena berkata dalam kejadian kira-kira 8.40 pagi (waktu tempatan), anggota polis dan sukarelawan pertahanan sedang menjalani latihan di pintu masuk balai polis itu.

"Sekumpulan lelaki bersenjatakan senapang termasuk raifal AK-47 melepaskan tembakan ke arah anggota polis dan sukarelawan pertahanan.

"Insiden berbalas tembakan berlarutan hampir 15 minit sebelum suspek melarikan diri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian pada Rabu.

Wirasak berkata seorang pegawai polis terkena tembakan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima lagi anggota polis dan sukarelawan pertahanan cedera.

"Mereka digegaskan ke Hospital Prince of Songkhla University untuk menerima rawatan," katanya.

Wirasak berkata polis menemukan kira-kira 30 kelongsong peluru di tempat kejadian.

"Pihak polis masih menyiasat motif serangan dan individu yang terlibat," katanya.


Artikel : harian Metro

6177220779599580268_120.jpg

6177220779599580269_121.jpg

6177220779599580270_121.jpg

6177220779599580271_121.jpg

6177220779599580272_121.jpg

6177220779599580273_121.jpg

6177220779599580274_121.jpg

6177220779599580275_121.jpg

6177220779599580276_121.jpg

6177220779599580277_121.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register