BTC USD 48,126.7 Gold USD 1,780.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis masih buru 'pembeli' bayi

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
PETALING JAYA - Polis sedang mengesan sejumlah ‘pembeli' bayi yang masih bebas yang dipercayai terlibat dalam urus niaga jual beli bayi bersama tiga suspek yang diberkas polis di Klang, dua minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, mereka yang terlibat dikehendaki polis bagi membantu menyelesaikan siasatan kes berkenaan.

Menurutnya, polis turut mengesan beberapa suspek yang dipercayai terlibat menjual bayi mereka kepada sindiket yang terbabit.

“Kita percaya masih ramai penjual dan pembeli bayi yang terlibat malah kita berusaha memberkas mereka semua,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Polis Pelancong yang pertama di Selangor bertempat di Sunway Piramid, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Sunway merangkap Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Hasnan Hassan.

Kelmarin, seorang ejen insurans dan dua anak perempuannya yang dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan bayi dihadapkan ke Mahkamah Seksyen atas tuduhan memperdagangkan tiga bayi berusia sehari kira-kira dua minggu lalu.

Lian Kim Wan, 56, yang berasal dari Banting bersama Ang Bee Ling, 36, dan adiknya, Ang Bee Churn, 31, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sehari yang dilahirkan oleh warga Indonesia yang dikenali sebagai Kristina untuk tujuan eksploitasi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Hospital Metro Maternity, No 34, Jalan Pasar Klang di sini antara jam 2 pagi dan 5 pagi, 3 Disember lalu.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register