BTC USD 38,389.8 Gold USD 1,803.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Marin Rampas Komputer RM150,000

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
je_01.1.jpg

ZAINUL Abidin Hasan menunjukkan sebahagian peralatan komputer bernilai RM150,000 yang berjaya dirampas dalam satu cubaan menyeludup pada sidang akhbar di Pangkalan Marin Selangor, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, semalam.

KLANG 16 Nov. – Polis Marin Selangor berjaya merampas sejumlah komputer riba berjenama serta peralatan bernilai kira-kira RM150,000 yang cuba diseludup ke sebuah negara jiran dengan sebuah bot semasa operasi cegah jenayah di perairan negeri itu petang semalam.

Barangan tersebut ialah 40 buah komputer riba dan 85 beg komputer kedua-dua berjenama Toshiba, 224 pencetak jenama Canon serta 360 papan induk jenama Asus.

Ketua Polis Marin Wilayah Utara, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, bot yang dalam pelayaran menuju Tanjung Balai, Sumatera, Indonesia itu ditahan di perairan Tanjung Harapan di sini pada pukul 5 petang.

Katanya, ketika pemeriksaan, semua barangan seludup itu ditemui disembunyikan bersama-sama beberapa komputer terpakai di bahagian simpanan yang ditutup kain kanvas.

“Semasa disoal siasat, tekong bot warganegara Indonesia gagal menunjukkan sebarang dokumen mengenai pemilikan dan bayaran cukai kastam ke atas barang seludup tersebut.

“Suspek kini ditahan di bawah Akta Kastam 1952 bersama tiga awak-awak untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Polis Marin Selangor, Pulau Indah di sini hari ini.

Zainul Abidin juga memberitahu, 538 tangkapan membabitkan pelbagai kesalahan seperti menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) dan telefon bimbit berjaya dilakukan oleh polis marin sejak Januari lalu.

Katanya, daripada jumlah berkenaan 188 kes berlaku di Selangor.
 
Sponsored Post

aHmadDaniEL

Banned
Joined
Jul 20, 2008
Messages
18,080
Reaction score
6
Points
115
nnti jual la murah2 yer pak kastam...
jngn bagi sesama sndri jer..:))
 

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
byk tu..
tggu diorg bkk jualan lelong..
 

naj2921

Active+ Member
Joined
Apr 16, 2008
Messages
4,529
Reaction score
12
Points
25
diorang akan guna dulu laptop tu..:D:D
 

selambeyaya

Super Active Member
Joined
Mar 29, 2008
Messages
5,101
Reaction score
13
Points
65
mobo dah x de baru diorang jual laptop tu :)):))
 

zinedine

Banned
Joined
Jan 11, 2007
Messages
5,741
Reaction score
22
Points
65
Polis marin tu semua nanti dia bagi-bagikan la semua laptop, prtinter, motherboard tu kat anak2 dia, suku sakat dia, kroni2 dia. Mana ada nak serah2 kat kastam utk dilelong. Kastam pun 2x5 jugak. Asal rampas barang jer, semua mesti masuk poket dia. Sepatutnya benda tu dilelong kpd awam, duit hasil lelongan tu masuk akaun perbendaharaan.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register