BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Malaysia lebih berhemah

Memula kena define dulu, riot dgn demonstrasi. Kalau demo polis sana tgk je, kat sini lain. X tau la kalau aritu riot mcm mana derang handle
 
kat London tu rusuhan.. memang dia orang niat nak melawan,, pecah kedai, rompak..curi. ~X(
kita kat Malaysia hari tu perhimpunan aman nak serah memo jer...sebab tu takdak masaalah nak diselesaikan. aparaa.do

so far aku rasa polis Malaysia tak pernah jumpa lagi riot yg betul2... so tak tau camna dia orang boleh handle situasi atau tak..!!??
 
Last edited:
kat London tu rusuhan.. memang dia orang niat nak melawan,, pecah kedai, rompak..curi. ~X(
kita kat Malaysia hari tu perhimpunan aman nak serah memo jer...sebab tu takdak masaalah nak diselesaikan. aparaa.do

so far aku rasa polis Malaysia tak pernah jumpa lagi riot yg betul2... so tak tau camna dia orang boleh handle situasi atau tak..!!??

13 Mei tu bukan rusuhan ke??? Mesti ko tak lahir lagi kan...
 
Profesor mana ni.....tak tahu nak bezakan rusuhan dgn demonstrasi !
 
kat london tu starting die demonstrasi aman.lpas insiden civilian kene tembak bru tuka jadi riot
 
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.

Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.

"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan di London yang gagal dikekang malah mula merebak ke seluruh Britain.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, polis di negara ini dilihat lebih bijak mengawal situasi dan emosi baik di kalangan anggotanya mahu pun perusuh.

"Mereka dilihat lebih berperikemanusiaan serta bijak menangani masalah seperti yang sedang berlaku di London," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan pula menganggap kejadian rusuhan yang berterusan bukan disebabkan oleh kegagalan polis mengekang masalah sebaliknya tiada kesedaran di kalangan rakyat negara itu.

"Bagi saya ini bukan masalah polis sebaliknya rakyat di negara itu sendiri. Kita tidak tinggal di sana jadi kita tidak tahu apa yang berlaku.

"Sepatutnya mereka lebih menumpukan kepada cara menyelesaikan masalah ekonomi dan pengangguran.

"Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya masalah rusuhan yang terjadi di sana dibiarkan berterusan," katanya.

Rusuhan & perarakan 2 xtvt yang berbeza & cara mengawal pun berbeza jugak laaa, kat London pun pernah ada perarakan tapi tak ada laa gunakan kekerasan ... ~X(
 
hanya 30% saja polis di malaysia yg betul2 bagus.. :)
 
Polis baru nak Up ni kurang hajau... yg lama2 ok jer aku tgk.... agaknye dah boring jd polis kot :p
 
Back
Top
Log in Register