Polis London diminta bantu kesan Raja Petra

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Polis percaya pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin, yang sudah dikenakan waran tangkap, masih bersembunyi di London dan usaha sedang dibuat untuk mengesannya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata beliau sudah meminta bantuan pihak polis di London untuk mengesan Raja Petra.

"Hasil risikan, polis percaya dia masih bersembunyi di London dan dengan itu saya sudah meminta bantuan pihak berkuasa di sana untuk mengesan Raja Petra," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, Raja Petra dikehendaki pulang ke negara ini bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Kalau rasa diri tidak bersalah Raja Petra perlu tampil bersihkan nama, kenapa perlu bersembunyi? Dia perlu balik ke sini," katanya.

Mengulas permohonan perintah ekstradisi terhadap Raja Petra, Musa berkata, permohonan itu mengambil tempoh yang lama sebelum Raja Petra dapat dibawa pulang ke negara ini melalui cara itu.

"Sepatutnya tidak perlu perintah (ekstradisi) ini. Dia sendiri perlu serah diri," kata Musa.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor melalui laman webnya.

Akhbar tempatan melaporkan bahawa dia kini menetap di sebuah kediaman sewa di kota London. - Bernama
 
Sponsored Post

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,122
Reaction score
76
Points
1,020
ada kat london ? aku ingat ada kat malaysia
 

EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,047
Reaction score
94
Points
120
loh... ilang plak...
aku rasa ade jer dia ni kat mesia
 

bisnes-minded

Active Member
Platinum Member
Joined
May 2, 2008
Messages
1,157
Reaction score
2
Points
25
ermm...raja petra ni kalu nak kata dia ni byk menentang islam ada gak.
 

estacoco

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
7,542
Reaction score
25
Points
70
paper lg terer bleh track die kat mana. polis pun x tau ke? musykil musykil
 

heavenly_king

Fun Poster
Joined
Jul 22, 2007
Messages
874
Reaction score
0
Points
10
ada kat london ? aku ingat ada kat malaysia
Suruh polis london kesan ayah pin skali lah.... aku dgr ayah pin pun dah xde kat malaysia..... Kalau ada, mesti polis malaysia dah tangkap.... Or polis malaysia yg lembab.......:-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register