Polis kutip RM395.3 juta saman tahun lalu

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,954
Reaction score
221
Points
33
AZISMAN menjawab soalan media pada sidang media Prestasi Tahunan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT). FOTO Mohd Yusni Ariffin


Kuala Lumpur: Kutipan kompaun tahun lalu merekodkan RM395.3 juta daripada 5.2 juta saman dikeluarkan berbanding RM305.9 juta hasil daripada lima juta saman dikeluarkan pada 2019.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata, kutipan itu juga mencatatkan peningkatan iaitu RM89 juta atau 29.2 peratus.

Menurutnya, pihaknya mensasarkan RM400 juta kutipan saman bagi tahun lalu namun tidak dapat mencapainya dan semua kutipan itu akan disalurkan kepada kerajaan.

"Selain itu, tahun lalu sebanyak 7,604 operasi dijalankan dan hasilnya 7,655 tangkapan dilakukan menyaksikan 3,394 individu ditahan mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana kesalahan mabuk," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Azisman berkata, seramai 2,624 orang ditahan mengikut Seksyen 42 APJ 1987 (samseng jalanan) dan 1,637 tangkapan bagi lain kesalahan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya berada pada fasa terakhir untuk membangunkan aplikasi dalam talian, khusus untuk orang awam membayar saman.

"Sistem dalam talian itu dibangunkan di portal dan aplikasi yang boleh diakses melalui telefon pintar.

"Pembayaran saman itu akan menjimatkan masa orang awam selain sebagai usaha mengawal penularan Covid-19," katanya.

Bagaimanapun katanya, nama aplikasi itu masih dibincangkan dengan Tan Sri (Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador).

"Aplikasi itu akan dilancarkan dalam masa terdekat mungkin sebulan atau dua bulan lagi," katanya.


== hmetro
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,335
Reaction score
12,246
Points
2,376

PedangSetiawan

Super Active Member
Joined
May 14, 2010
Messages
8,710
Reaction score
93
Points
70
bodo piang saman pon ada peningkatan KPI, patutnya KPI saman menurun setiap tahun barulah petunjuk pentadbiran yang bagus.
 

barzrosz

Active Member
Joined
Oct 14, 2014
Messages
1,144
Reaction score
563
Points
81
Pale piang gak nya
Jadi business saman
Cikgu bengap mana yg ngaja bangsa pulis ni buat kerja
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,306
Reaction score
21,166
Points
1,671
Dh jd bisnes

Contoh no plat kenapa xnk standardize kan je mcm negara2 sebelah. Kita je no plat yg masih huru hara. Rupanye nak bisnes
 
Sponsored Post
Top
Log in Register