BTC USD 28,467.8 Gold USD 1,977.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Kulim tumpas 'Geng Jawa' selepas 16 jam merompak.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
KULIM: Polis menahan lapan anggota 'Geng Jawa' kira-kira*16 jam selepas mereka merompak wang tunai RM30,000 dari sebuah rumah di Taman*Kenari di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Abdullah Arshad berkata kesemua lelaki itu*melarikan wang tunai berkenaan selepas memukul mangsa dalam rompakan kira-kira*3.20 pagi.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis ke tempat kejadian dan*menahan seorang suspek manakala suspek lain dapat memboloskan diri," katanya*pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata polis kemudian menyerbu sebuah rumah kosong di*kawasan perumahan sama dan menahan lima suspek kira-kira 3 petang pada hari*sama.

Seorang lagi suspek ditahan di sebuah rumah di Taman Merak,*Sungai Ular dekat sini kira-kira 6 petang manakala seorang lagi ditahan di Jalan*Sultan Abdul Hamid di sini pada 9.45 malam.

"Polis dapat menahan semua anggota kumpulan itu dalam tempoh 16 jam*untuk menyelesaikan kes samun berkenaan.

"Polis turut merampas empat bentuk cincin emas, 11* telefon bimbit*pelbagai jenis, dua komputer riba, lapan paket plastik lutsinar dipercayai*mengandungi dadah jenis syabu seberat 3.79 gram.

"Sebuah kereta Jenis Toyota Vios yang dipercayai disamun di Seberang Jaya,*dua bilah parang, sebuah kereta jenis Perodua Viva yang digunakan untuk menyamun*serta empat rangkai kunci dan alat kawalan jauh turut dirampas," katanya.

Semua suspek berusia 23 hingga 30 tahun itu direman hingga 2 Nov ini bagi*membantu siasatan.

Abdullah berkata kumpulan itu aktif melakukan jenayah sejak beberapa bulan*lepas di sekitar daerah ini dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

http://www.astroawani.com/news/show/polis-kulim-tumpas-geng-jawa-selepas-16-jam-merompak-47031
 
Sponsored Post

eriq

Active Member
Messages
1,043
Joined
Oct 18, 2011
Messages
1,043
Reaction score
6
Points
30
KULIM: Polis menahan lapan anggota 'Geng Jawa' kira-kira*16 jam selepas mereka merompak wang tunai RM30,000 dari sebuah rumah di Taman*Kenari di sini Jumaat lepas.Ketua Polis Daerah Kulim Supt Abdullah Arshad berkata kesemua lelaki itu*melarikan wang tunai berkenaan selepas memukul mangsa dalam rompakan kira-kira*3.20 pagi.

bnyknya simpan duit dlm rumah [/B]/B][/B]
 

hj_maikel

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,952
Joined
May 19, 2010
Messages
29,952
Reaction score
2,470
Points
251
Awards
1
KULIM: Polis menahan lapan anggota 'Geng Jawa' kira-kira*16 jam selepas mereka merompak wang tunai RM30,000 dari sebuah rumah di Taman*Kenari di sini Jumaat lepas.Ketua Polis Daerah Kulim Supt Abdullah Arshad berkata kesemua lelaki itu*melarikan wang tunai berkenaan selepas memukul mangsa dalam rompakan kira-kira*3.20 pagi.

bnyknya simpan duit dlm rumah [/B]/B][/B]

mgkin cerita dibawah boleh dijadikan iktibar;

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni *****! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Merompak hnya contoh shj. Anda tidak diminta merompak.

Lalu perompak tersebut membuat laporan polis terhadap penipuan pegawai bank tersebut tentang jumlah rompakan sebenar.. ini dinamakan "******* TAK BERTEMPAT"
 
Sponsored Post

Top
Log in Register