BTC USD 26,169.0 Gold USD 1,939.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

POLIS kesan penunggang motosikal nombor WC7152R bantu siasatan kes kemalangan maut

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
9,004
Joined
Dec 6, 2010
Messages
9,004
Reaction score
588
Points
121
Saksi utama kemalangan maut masih dikesan

POLIS kesan penunggang motosikal dengan nombor pendaftaran WC7152R bantu siasatan kes kemalangan maut.
FB_IMG_1680087973452.jpg


SEPANG: Polis sudah mengenal pasti saksi utama yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal dalam kejadian di Lembah Klang Selatan (SKVE), petang Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, saksi utama itu yang juga penunggang motosikal dikatakan bergesel terlebih dahulu dengan mangsa ketika kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya mengesahkan bahawa saksi berkenaan adalah seorang lelaki warga Indonesia.

“Saksi itu diminta tampil memberi keterangan memandangkan dia terus beredar dari lokasi kejadian sejurus kemalangan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati, cukai jalan dan insuran motosikal ditunggang saksi utama itu masih sah.

Media sebelum ini melaporkan seorang penjawat awam maut serta-merta di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya terbabas selepas bergesel dengan sebuah motosikal lain.

Kejadian berlaku apabila motosikal mangsa dikatakan bergesel dengan motosikal ditunggang seorang warga asing sebelum melanggar belakang sebuah kereta.

Lelaki itu dikatakan menaiki motosikal jenis Honda Wave 100 dengan nombor pendaftaran WC7152R.

Rakaman video kemalangan itu tular di media sosial sejak semalam yang memaparkan insiden membabitkan dua penunggang motosikal, namun salah seorangnya dikatakan ‘melarikan diri’ sejurus kejadian itu. – UTUSAN
 
Top
Log in Register