hiduprakyat
Super Active Member

- Messages
- 8,990
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 8,990
- Reaction score
- 588
- Points
- 121
Polis kesan pemilik kenderaan tabur paku di jalan raya
IPOH - Polis sedang mengesan pemilik kenderaan Nissan Almera dengan nombor pendaftaran AJK 869 bagi membantu siasatan berhubung insiden menabur paku di atas jalan seperti yang tular di sosial media sejak Jumaat.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, insiden berkenaan dipercayai berlaku di kawasan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut, Pusing dekat Batu Gajah.
"Polis menerima satu laporan polis daripada pengguna jalan raya yang memaklumkan tayar keretanya bocor selepas melalui jalan berkenaan.
"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Siti Ramlah Abdullah di talian 016-7676287 atau Bilik gerakan IPD Batu Gajah di talian 05-3654322 atau 05- 3629050.
Sejak Jumaat tular di sosial media satu rakaman video berdurasi 24 saat yang dirakam oleh pemandu kenderaan lain, memaparkan pemandu kereta itu menabur paku di persimpangan jalan raya dari tingkap kenderaan berkenaan. - Bernama
#sinarharian

Polis tahan lelaki disyaki tabur paku di simpang jalan
![]()
![]()
![]()
BATU GAJAH: Pemilik kereta Nissan Almera yang dipercayai menabur paku di atas jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dekat Pusing, di sini, seperti video tular, sudah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di Changkat Larang, Lahat, Ipoh, jam 3 pagi tadi.
Katanya, suspek ditahan hanya selepas lima jam video kejadian itu dikesan pihaknya tular di media sosial, semalam.
Beliau berkata, suspek kini direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan.
"Suspek disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat," katanya ketika dihubungi.
Pagi tadi, Mohamad Roy dilapor berkata, pihaknya mengesan pelaku selepas meneliti video berdurasi 24 saat itu yang dipercayai mula tular di media sosial sejak Khamis lalu.
Beliau mengesahkan turut menerima laporan polis berhubung kejadian daripada pengguna jalan raya yang tayar kenderaan mereka bocor selepas melalui kawasan itu.
#beritaharian