BTC USD 58,710.8 Gold USD 2,579.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis kesan pemilik akaun X aib anggota polis

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,971
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,971
Reaction score
6,425
Points
881
Awards
1
Polis kesan pemilik akaun X aib anggota polis

GAMBAR dimuat naik pemilik akaun aplikasi X menggunakan nama ‘Syedewa’ yang mendakwa cuba disaman dua anggota polis trafik dalam sekatan jalan raya di Damansara Damai. FOTO ihsan polis

GAMBAR dimuat naik pemilik akaun aplikasi X menggunakan nama ‘Syedewa’ yang mendakwa cuba disaman dua anggota polis trafik dalam sekatan jalan raya di Damansara Damai. FOTO ihsan polis
Petaling Jaya: Polis mengesan pemilik akaun aplikasi media sosial X yang dipercayai membuat hantaran bertujuan mengaibkan anggota polis trafik.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung hantaran yang tular itu pada jam 7.30 pagi semalam.

"Pemilik akaun aplikasi X menggunakan nama 'Syedewa' dikesan memuat naik gambar pegawai polis yang sedang menjalankan tugas sekatan jalan raya (SJR) di Damansara Damai pada jam 10.45 pagi, Selasa lalu.

"Hantaran berkenaan bertujuan mengaibkan imej pegawai polis yang sedang menjalankan tugas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, Shahrulnizam berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, polis kini sedang mengesan pemilik akaun terbabit untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau saksi kes itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Terdahulu, tular di media sosial hantaran mengenai tindakan anggota polis dikatakan cuba mengeluarkan saman terhadap pemandu kereta yang didakwa tidak memakai tali pinggang.

Menerusi hantaran itu, dia mendakwa meminta bukti kesalahannya namun anggota terbabit menyuruhnya menyelesaikan kes di mahkamah.

Pemilik akaun itu turut memuat naik gambar menunjukkan anggota polis trafik terbabit.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register