Polis kesan ibu tinggalkan bayi & nota 'Tolong jaga budak ini sampai besar'

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,775
Reaction score
11,164
Points
2,376


Bayi lelaki yang ditemui di belakang rumah penduduk di FELDA Palong 8. - NSTP/Ihsan Pembaca



Nota yang ditulis pada kertas yang ditinggalkan bersama bayi lelaki. - NSTP/Ihsan Pembaca
JEMPOL: Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan atas meja di belakang rumah seorang penduduk di Felda Palong Lapan di sini, malam tadi.

Yang turut ditemui, nota dipercayai ditulis ibu bayi berkenaan yang memaklumkan nama anaknya adalah Farish Azwan.

Penulis yang mendakwa dia ibu tunggal dan tidak berkemampuan, juga meminta anaknya dijaga sehingga besar serta tidak dihantar ke rumah kebajikan.

Ibu bayi terbabit turut menulis, dia mahu melihat dari jauh anaknya dibesarkan oleh keluarga berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata bayi itu ditemui kira-kira jam 10 malam oleh penghuni rumah terbabit.

“Lelaki berusia 25 tahun itu ke belakang rumah untuk mengambil barang dalam kereta sebelum terlihat bayi di atas meja.

“Dia kemudian memanggil ibunya dan mereka mendapati bayi berkenaan lengkap berpakaian dan sedang tidur. Yang turut ditemui adalah sekeping nota.

“Bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tindakan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini.

Polis ketika ini sedang mengesan ibu kepada bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.


 
Sponsored Post

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,059
Reaction score
212
Points
88
Nasib baik.dia xbuang kat semak atau tepi jalan,kesiannya
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,199
Reaction score
392
Points
81
Satu bangsa saja yang rajin buang anak ni kat malaysia.
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,334
Reaction score
1,576
Points
596
kesian budak tue

moga Allah Taala berkati hidup budak tue
 

satsepit

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
3,766
Reaction score
216
Points
43
jeng3...
kes sblm ni org yg jumpa tu buat2 terjumpa...
padahal ahli keluarga die juga.
kan buang tempat lain dapat kat org lain
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,638
Reaction score
676
Points
121
harap bila dh besar... dia claim balik sudah...huhuhu
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,056
Reaction score
1,873
Points
206
kalau jenis mengamanahkan orang ni mesti dia dah saling mengenali.
tak lama lagi kena tahan lah mak budak tu.
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
1,838
Reaction score
99
Points
40
bleh plak main amanah² cmtu, mane dia tau keluarga tu mampu nk bela...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register