Polis Kesan Enam (8) Lelaki Bantu Siasatan Dua Kes Samun Di Klang

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
17,652
Reaction score
3,218
Points
236
31.03.2020 - Klang, Polis menjejaki enam lelaki bagi membantu siasatan dua kes samun yang berlaku di sekitar daerah Klang, dekat sini pada 23 dan 29 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata enam lelaki itu Mohamad Syrul Suhaimy, 31; Muhammad Harith Mohd Rosly, 18; M. Satisylin, 26; R. Vijendran, 20; B. Logendran, 24; dan B. Kervin, 26.

Beliau berkata Mohamad Syrul beralamat terakhir di Lot 478, Jalan Hassan, Klang manakala Muhammad Harith pula beralamat di Lot 231 jalan yang sama.

Kedua-dua mereka diburu kerana dipercayai terlibat dalam kes samun seorang wanita warga Kemboja bersama anaknya berumur dua tahun, dengan bersenjatakan tukul besi di Kampung Sungai Udang, Klang kira-kira 7.45 malam, 23 Mac lepas.

Sementara Satisylin yang dikenali sebagai Seelan, Vijendran (Vijay), Logendran (Loga) dan Kervin (Kevin) pula diburu kerana dipercayai terlibat dalam kes samun seorang lelaki warga Bangladesh berumur 26 tahun di Jalan Datuk Abdul Hamid, Klang kira-kira 2 petang, 29 Mac lepas.

“Dalam kejadian itu, mangsa yang berada di rumahnya didatangi empat lelaki memakai penutup muka bersenjatakan sebatang kayu dan pisau.

“Suspek merampas empat telefon bimbit pelbagai jenis milik mangsa dan rakannya selain mengambil wang tunai RM300 sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza warna putih bernombor pendaftaran JQK 6976,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata Seelan beralamat terakhir di No 6, Lorong Hulubalang 30B Taman Sentosa, Klang; manakala Vijay beralamat di No 99, Jalan Dato Dagang 29, Taman Sri Sentosa, Klang; Loga di alamat No 6, Lorong Dato Dagang 50C KS/7 Taman Sentosa Putri, Klang dan Kevin di A.3A.26 Vista Bayu Apartment Jalan Batu Unjur 9, Klang.

Menurut Shamsul Amar, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta sebat jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan enam lelaki itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.



Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1827225
 
Top
Log in Register