BTC USD 27,695.3 Gold USD 1,977.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis kenal pasti ‘sekolah panas’ di KL

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,123
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,123
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
image.jpg


KUALA LUMPUR 31 Okt. - Polis Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti ‘sekolah-sekolah panas’ di sekitar ibu negara untuk diberi tumpuan dalam usaha menangani masalah gangsterisme dalam kalangan pelajar.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata, pihaknya akan sentiasa memantau di sekitar kawasan sekolah terbabit bagi memastikan tiada elemen kongsi gelap dapat mempengaruhi pelajar-pelajar di situ.

“Jika kita tidak lakukan sesuatu ketika ini, maka pelajar mungkin menjadi semakin teruk kerana sekolah adalah antara sasaran kumpulan kongsi gelap.

“Pihak polis membuat tinjauan di sekolah terbabit dan sekiranya ada elemen kongsi gelap kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang akhbar sempena majlis perasmian Karnival Pencegahan Jenayah dan Program Sekolah Selamat di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Jalan Peel, Cheras, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datin Na*wal Salleh dan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kuala Lumpur, Datuk Seri William Lim Wie Tee.

Hong Soon berkata, bagaimanapun masalah gangsterisme dalam kalangan pelajar ketika ini masih rendah dan terkawal.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejak Januari hingga 30 September lalu, pihaknya telah menahan seramai 132 remaja berusia 13 hingga 18 tahun atas pelbagai kesalahan jenayah.

Menurut Hong Soon, antara ke*salahan yang dilakukan oleh remaja-remaja terbabit ialah rogol, cabul kehormatan, curi motosikal dan pecah rumah.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jen...olah-panas-di-kl-1.19300#sthash.3Ku9YYYI.dpuf
 
Top
Log in Register