Polis kena tipu?

CG Sponsors




oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191







ANGGOTA polis mendakwa ditipu peniaga telefon bimbit yang dikatakan ‘mengambil’ wangnya ketika berurusan di kompleks di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pada 21 Jun lalu.

Sumber berkata, mangsa berusia 36 tahun memaklumkan dia pergi ke kompleks berkenaan untuk membeli telefon bimbit pada 6.30 petang.

“Mangsa memaklumkan dia berurusan dengan seorang peniaga di hadapan kedai berkenaan sebelum lelaki terbabit meminta mangsa masuk ke bahagian kios dalam premis terbabit kerana dikatakan bimbang wang anggota polis terbabit ‘dilarikan’.

“Peniaga itu kemudian itu meminta mangsa menyerahkan wang sebanyak RM2,500 untuk urusan pembelian telefon bimbit. Mangsa mendakwa ketika menyerahkan wang berkenaan untuk dikira peniaga terbabit, dia terdengar bunyi wang jatuh di atas lantai lalu menegur lelaki itu, namun tidak diendahkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, selepas selesai mengira, peniaga terbabit memaklumkan wang berkenaan tidak cukup sebanyak RM300.

“Mangsa yang berang dengan peniaga terbabit kemudian memijak kerusi untuk melihat wang yang dikatakan dijatuhkan sebelum muncul seorang lelaki dari dalam kios itu mengaku sebagai pemilik kedai.

“Mangsa mendakwa pemilik kedai itu bersubahat dengan lelaki terbabit dan berperanan sebagai pengambil wang yang jatuh kerana dia berada dalam kios berkenaan,” katanya.

Dalam laporan dibuat mangsa turut memaklumkan pemilik kedai telefon bimbit berkenaan menyatakan seorang pegawai kanan polis di Kuala Lumpur adalah kenalan mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visivanathan Abdullah, ketika ditemui, di sini, hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan,” katanya.








sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/468868/polis-kena-tipu






.
 
Sponsored Post

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,451
Reaction score
149
Points
43
tp kan sepet sangat sayang polisi.. isi dan kuku.. abg dan adek.. xkan la tegamak nak menipu sesama mereka..
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,267
Reaction score
645
Points
111
ada orang payung ker, patut la berani semacam...dorang pun tak sangka yg nak kelepet tu pun polis
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
21,556
Reaction score
1,942
Points
201
Pertama Complex ke? banyak penipu jer dalam tu.
 

Jal Leman

Fun Poster
Joined
Apr 2, 2018
Messages
312
Reaction score
29
Points
30
pertama kompleks nye kedai handset? huhu....semua kaki klepet je la sana tu. digital mall MARA sebelah je, lg aku caya.
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,439
Reaction score
1,524
Points
201
ada orang payung ker, patut la berani semacam...dorang pun tak sangka yg nak kelepet tu pun polis
apek tu cakap dalam report ada kenalan pegawai kanan....tu dapat payung kot...tu yg langsi semacam...selagi polis jenis jahat ni tak dihapuskan...maka jenayah tetap ada ada...patut polis buat mcm China....rasuah je tembak mati
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,060
Reaction score
212
Points
88
Kalau pertama komplek ni xyah la g bli fon katsitu.byk yg nipu dr yg jujur.
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,029
Reaction score
3,253
Points
236
akpayah mention polis .. dia tu dah off-duty .. pelanggan la kira, kalo saya tentera caner? id saya

 
Sponsored Post
Top
Log in Register