BTC USD 28,087.6 Gold USD 1,983.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Johor tidak akan sokong pembaharuan lesen pusat hiburan.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
JOHOR BAHRU: Polis tidak akan memberikan sokongan terhadap pembaharuan lesen pusat hiburan keluarga (PHK) di negeri ini kerana didapati kebanyakannya menyalahi syarat lesen operasi, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Beliau berkata, ada PHK, daripada 78 yang masih beroperasi, menganjurkan aktiviti mesin perjudian.

"Pada tahun lalu, sebanyak 159 PHK beroperasi di negeri ini dan kini hanya tinggal 78 selepas sebahagiannya tidak diperbaharui lesen dan ditutup.

"Kegiatan PHK yang ada akan terus dipantau dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan Majlis Agama Islam negeri," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Taklimat Mesin Perjudian di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan polis itu selari dengan usaha kerajaan dalam membanteras aktiviti tidak bermoral yang didapati berselindung di sebalik operasi PHK.

Mengenai aktiviti mesin perjudian, Mokhtar berkata kesemua ketua polis daerah telah memberikan akuan bahawa kawasan mereka sudah bebas pusat mesin perjudian.

Mohd Mokhtar menggesa supaya lebih banyak kempen membenci perjudian dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa aktiviti itu hanya mendatangkan masalah sosial lain seperti Along dan gangsterisme.

Di Georgetown, polis memberi amaran akan mengesyorkan pembatalan lesen terhadap PHK yang menjalankan kegiatan perjudian dan menggaji pendatang tanpa izin sebagai pelayan pelanggan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata polis akan mengesyorkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) supaya membatalkan lesen premis hiburan yang disalah guna itu.

Untuk tahun ini sebanyak 20 premis pusat hiburan tanpa lesen di sekitar daerah Timur Laut diserbu dan hasil kerjasama dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB), bekalan elektrik premis-premis berkenaan dipotong, katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan taklimat bersama pemilik-pemilik pusat hiburan hari ini.

Terdapat lebih 45 pusat hiburan berlesen di sekitar daerah Timur Laut di situ dan setakat ini polis berjaya membanteras kegiatan pusat perjudian berkomputer di daerah itu.

- BERNAMA
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register