eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
JOHOR BAHRU 14 Okt. - Polis negeri ini akan mengadakan pertemuan dengan peguam, Karpal Singh untuk mendapatkan pengesahan mengenai keterangannya berhubung siasatan kes kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S.Krishanasamy dalam tempoh terdekat.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya telah mengarahkan Pegawai Undang-Undang Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Supritendan (DSP) Kalwan Singh untuk bertemu Karpal Singh.
Menurutnya, pertemuan tersebut bagi membolehkan pegawainya merekod segala keterangan daripada peguam berkenaan mengenai kes pembunuhan tersebut yang kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Saya sudah membaca keterangan Karpal Singh yang disiarkan di dalam akhbar. DSP Kalwan Singh yang ditugaskan itu akan mendapatkan pengesahan mengenai kenyataan tersebut.
"Sekiranya Karpal Singh berkata bahawa kenyataan tersebut benar seperti yang dilaporkan, maka kita akan merekodkan keterangan beliau bagi membantu polis membuat siasatan mengenai pembunuhan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengumumkan beberapa kejayaan polis di IPK Johor di sini hari ini.
Media pada 7 Oktober lalu melaporkan Karpal Singh ketika mengadakan satu sidang akhbar bersama keluarga mendiang S.Krishnasamy di firma guamannya di ibu negara menyatakan beliau percaya pembunuhan itu bermotifkan politik dan melibatkan pihak atasan. - Utusan
Apa kaitan agaknya yer? Biar polis siasat dulu.