BTC USD 95,261.9 Gold USD 2,897.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Indonesia peras ugut rakyat malaysia..

ayiem676

Super Active Member
gem
Messages
7,575
Joined
May 12, 2011
Messages
7,575
Reaction score
1,447
Points
156
Garuda_Bot_at_DWP_2017.jpg




Polis Indonesia menahan 18 pegawai yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan terhadap warga Malaysia yang menghadiri festival muzik Djakarta Warehouse Project (DWP) pada 13 Disember lalu.

Pegawai yang ditahan itu dari pelbagai unit termasuk Polda Metro Jaya, Polres Metro Jakarta Pusat, dan Polsek Metro Kemayoran dan kini sedang disiasat, menurut agensi berita Indonesia, Antara.

"Bahagian Propam (Profesi dan Pengamanan Kepolisian Republik Indonesia) telah menahan 18 pegawai yang disyaki bertugas semasa kejadian.

“Kesemua mereka akan disiasat lanjut untuk memastikan sebarang pelanggaran ditangani," kata Brigedier Jeneral Trunoyudo Wisnu Andiko, Ketua Biro Maklumat Awam Polis Nasional Indonesia.

Kes ini terbongkar selepas seorang pengguna media sosial di X, @Twt_Rave, mendakwa lebih 400 peserta dari Malaysia menjadi mangsa penahanan sewenang-wenangnya dan ujian air kencing secara paksa.

Pengguna itu mendakwa pegawai polis meminta sejumlah wang termasuk daripada mereka yang didapati negatif dadah.

"Didakwa bahawa pegawai polis telah memeras penonton dari Malaysia sehingga berjumlah 9 juta Ringgit (kira-kira Rp32 bilion)," kata pengguna tersebut.

Polis Nasional Indonesia berjanji menjalankan siasatan secara telus terhadap dakwaan itu bagi mengekalkan kepercayaan awam dan memastikan akauntabiliti dalam pasukan polis.

"Polis Nasional tidak akan bertoleransi terhadap sebarang pelanggaran yang dilakukan oleh anggotanya.

"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang salah laku, tanpa mengira pangkat atau jawatan," tegas Brigedier Jeneral Trunoyudo.

Insiden ini telah mencetuskan kemarahan awam, terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia.
 
Sponsored Post

18 anggota polis ditahan atas dakwaan peras ugut warga Malaysia di konsert DWP Jakarta

Bernama
Disember 22, 2024 12:30 MYT

18 anggota polis ditahan atas dakwaan peras ugut warga Malaysia di konsert DWP Jakarta
Penahanan ke atas 18 anggota polis Indonesia dibuat susulan beberapa aduan daripada warga Malaysia yang mendakwa mereka dianiaya dan diperas sepanjang acara itu tular di media sosial. - Gambar hiasan

JAKARTA: Polis Indonesia menahan 18 anggota yang disyaki memeras ugut warga Malaysia semasa menghadiri konsert Djakarta Warehouse Project (DWP) di Kemayoran, Jakarta Utara.

Ketua Biro Penerangan Awam, Brigadier Jeneral Trunoyudo Wisnu Andik, mengesahkan anggota berkenaan terdiri daripada Polis Daerah Metro Jaya, Polis Metro Jakarta Pusat, dan Balai Polis Kemayoran.

"Anggota ini telah ditahan oleh Bahagian Profesional dan Keselamatan (Propam) untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Penahanan dibuat susulan beberapa aduan daripada warga Malaysia yang mendakwa mereka dianiaya dan diperas sepanjang acara itu tular di media sosial.

"Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku anggota kami," tegas Trunoyudo, sambil menambah bahawa perkembangan lanjut akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Menurut dakwaan, warga Malaysia itu dipaksa menjalani ujian air kencing, diminta menunjukkan pasport dan diminta membayar sejumlah wang, walaupun keputusan ujian dadah mereka negatif.

Konsert DWP selama tiga hari di Jakarta International Expo yang dianjurkan oleh Ismaya Live, sebahagian daripada Ismaya Group, tamat pada 15 Dis dan merupakan antara festival muzik elektronik terbesar di Asia.

Dalam satu kenyataan, pihak penganjur DWP menyatakan kekesalan terhadap cabaran yang dihadapi oleh mereka yang terjejas, sambil mengakui bahawa walaupun sesetengah isu berada di luar kawalan mereka, mereka memahami kesannya.

DWP juga memberi jaminan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan badan kerajaan yang berkaitan untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian itu.

Insiden berkenaan turut menarik perhatian Ketua Suruhanjaya III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Habiburokhman, yang menyuarakan keyakinan bahawa Propam akan menangani dakwaan pemerasan itu secara adil.

"Jika pemerasan berlaku, mereka yang terlibat mesti dihukum," katanya.

Suruhanjaya Polis Nasional (Kompolnas) turut menyeru tindakan tegas terhadap anggota yang terlibat, termasuk perbicaraan etika dan hukuman jenayah jika kesalahan terbukti.

"Jika melibatkan jenayah, mereka mesti diadili. Kami menyokong siasatan Propam," kata Komisioner Muhammad Choirul Anam, seperti yang dilaporkan portal berita Kumparan.

-- BERNAMA

18 anggota polis ditahan atas dakwaan peras ugut warga Malaysia di konsert DWP Jakarta
#Polis Indonesia #peras ugut #warga Malaysia #konsert DWP Jakarta
Newsletter Image
 
6287467285803287081_120.jpg

6287467285803287082_121.jpg


18 polis Indonesia ditahan lakukan pemerasan terhadap rakyat Malaysia

JAKARTA - Polis Pusat Indonesia menahan 18 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan terhadap warga Malaysia yang menghadiri festival muzik Djakarta Warehouse Project (DWP) pada 15 Disember lalu.

Kesemua anggota yang terlibat terdiri daripada pelbagai unit anggota iaitu Polis Wilayah Metropolitan Jakarta, Polis Daerah Metropolitan Jakarta Pusat dan Balai Polis Metropolitan Kemayoran, lapor Detik.com.

Kes itu mencemarkan imej pasukan keselamatan Indonesia, lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan warganegara asing yang merupakan pelancong.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register