BTC USD 27,674.1 Gold USD 1,981.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis edar gambar suspek bom Bukit Bintang hari ini atau esok

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,123
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,123
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
KUALA LUMPUR 17 Okt. Siasatan kes letupan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam di Jalan Bukit Bintang di sini barubaru ini dilihat semakin hampir ke penghujungnya apabila gambar suspek utama dalam kejadian tersebut berjaya diperoleh pihak polis.

Gambar tersebut diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan polis yakin perbuatan melempar bom tersebut dilakukan oleh sekurangkurangnya dua lelaki.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, pihak forensik polis kini sedang menganalisis imej tersebut dan akan meminta bantuan daripada agensiagensi berkaitan bagi tujuan itu.

"Masih ada beberapa perkara yang perlu diteliti mengenai gambar terbabit sebelum kita boleh edarkan kepada media dalam tempoh terdekat sama ada esok atau pun lusa," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.25 pagi pada 9 Oktober lalu, seorang joki kereta maut sementara 12 lagi termasuk empat pelancong asing cedera apabila terkena letupan salah satu daripada dua butir bom tangan yang dilemparkan di hadapan kelab malam tersebut akibat pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap.

Semalam, polis menahan reman lima individu yang diberkas di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mengulas mengenai tangkapan itu, Tajuddin berkata, empat daripada suspek ialah pengawal peribadi kepada salah seorang mangsa yang juga merupakan pemegang saham kelab malam tersebut manakala seorang lagi masih belum dapat dikenal pasti.

Beliau berkata, setakat ini belum ada tangkapan baharu berhubung kes ini.

"Selain daripada penumpuan terhadap gambar CCTV tersebut, polis juga sedang berusaha mengesan pengunjungpengunjung pusat hiburan itu pada malam kejadian bagi membantu siasatan kes," ujarnya.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Jenayah/20141018/je_01/Gambar-2-suspek-lempar-bom-dikesan#ixzz3GQyL2get
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Top
Log in Register