BTC USD 40,209.7 Gold USD 1,862.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis ditegah buat pemeriksaan rambang terhadap warga asing

fuhrer_69

Active Member
Joined
Sep 18, 2013
Messages
2,084
Reaction score
242
Points
43
ACRYL_SANI_ABDULLAH_SANI_KETUA_POLIS_NEGARA_1620316437.jpg


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau akan mengeluarkan arahan menegah pegawai atau anggota polis membuat pemeriksaan ke atas warga asing secara rambang.

Beliau berkata, ia adalah untuk mengelakkan segelintir pegawai dan anggota polis menyalahgunakan kuasa mereka.

"Saya akan mengeluarkan arahan untuk dihentikan serta-merta perbuatan itu iaitu memeriksa mereka (warga asing) secara rambang tanpa alasan yang munasabah.

Selain itu, polis juga tidak boleh menahan mereka sesuka hati untuk tujuan reman selama dua minggu atas alasan untuk mengesahkan sama ada mereka mempunyai pasport atau dokumen yang dicap Jabatan Imigresen adalah tulen atau sebaliknya," katanya kepada Bernama di Bukit Aman, di sini hari ini.

Acryl Sani berkata, amalan dan budaya sedemikian adalah satu daripada ruang-ruang yang akan membawa kepada salah guna kuasa oleh polis. – BERNAMA

kredit - Berita Harian

Link - https://www.bharian.com.my/berita/n...buat-pemeriksaan-rambang-terhadap-warga-asing
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,420
Reaction score
2,394
Points
201
Takut amik rasuah ke
 

stuck

Active+ Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
4,188
Reaction score
177
Points
33
Makin berleluasa la warga asing merayau merata2 lps ni xyah takut kena check dh
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
13,281
Reaction score
3,138
Points
201
patutnya kena buat pemeriksaan rambang. knpe nak tegah ?

rakyat malaysia patutnya kena rase lebih selamat.
 

noblegold

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
2,086
Reaction score
92
Points
40
Maksudnya kalau nampak warga asing bawak motosikal polis tak boleh menahan/menanya tanpa ada surat/permit dari jabatan?
 

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,719
Reaction score
463
Points
46
mmg betul pun, warga asing ni tempat lubuk polis bawahan ni cari duit teh..
jumpa kat mana2, check, tak de dokumen, mmg ratusan dlm tangan la..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register