BTC USD 63,532.7 Gold USD 2,383.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Disaran Guna Facebook Untuk Selesai Kes Jenayah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
PETALING JAYA, 18 Dis (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) dicadangkan supaya menggunakan khidmat laman web sosial 'facebook' sebagai alternatif dalam usaha untuk menyelesaikan kes-kes jenayah.

Ketua Makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah, Abdul Aziz Md Noor berkata memandangkan laman web berkenaan kini diguna secara meluas sebagai medium perantara oleh masyarakat, ia dapat membantu pihak berkuasa keselamatan itu dalam memerangi jenayah.

"Sebelum ini kita menggunakan khidmat SMS melalui Rakan Cop tetapi dengan pendekatan baru ini, diharap kes-kes jenayah dapat diselesaikan dengan segera.

"Contohnya dengan memaparkan gambar suspek bagi satu-satu kes melalui facebook, secara tidak langsung orang awam dapat menyalurkan maklumat berkaitan kes itu kepada polis," katanya selepas membentangkan hasil makmal NKRA bagi mengurangkan jenayah pada Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Pusat Konvensyen Sunway di sini pada Jumaat.

Selain dapat membantu polis, beliau berkata penggunaan laman web sosial itu juga dapat merapatkan hubungan antara PDRM dan masyarakat.

Abdul Aziz berkata orang awam juga boleh membuat sebarang laporan dan aduan berkaitan masalah jenayah kepada polis menerusi laman web itu.

"Masalah jenayah sukar dibendung secara bersendirian oleh polis tanpa bantuan dan sokongan masyarakat.

"Jika masyarakat bersama-sama membantu melaporkan apa sahaja kejadian jenayah kepada polis, kita percaya sasaran untuk mengurangkan jenayah menjelang akhir tahun depan akan dapat dicapai," katanya.

Dalam pembentangan itu juga, orang awam disarankan supaya mendaftar sebagai Rakan Cop bagi memudahkan polis memperoleh maklumat dengan cepat.

"Orang ramai tidak perlu lagi ke balai polis atau berjumpa dengan mana-mana pegawai polis bagi menyalurkan maklumat...hanya guna SMS sahaja," kata Abdul Aziz.

Mengenai pembentangan hasil makmal NKRA itu, beliau berkata maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara itu akan dibawa ke peringkat tertinggi untuk tindakan selanjutnya.

"Segala respons dan cadangan dari orang awam yang telah dikemukakan menerusi program yang diadakan ini, akan diserahkan ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) untuk diteliti," kata Abdul Aziz.

Sementara itu, seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Elsie, 42, berkata beliau menyambut baik langkah kerajaan mengadakan program GTP itu.

"Daripada sini saya dapat lebih maklumat berkaitan jenayah. Selain itu saya juga berpeluang memberikan pandangan agar pihak berkuasa terutama polis lebih peka terhadap tugas-tugas mereka dalam membantu masyarakat menangani jenayah," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Ismail Mohamad, 50-an, pula berkata sebagai sebuah badan yang menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat, PDRM seharusnya bertindak dengan lebih cekap dan cepat dalam menyelesaikan kes-kes jenayah.

"Untuk masa-masa akan datang, sebolehnya kita tidak mahu kes-kes yang diadukan kepada polis mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Jika ini masih berlaku sedikit-sebanyak ia mencalarkan imej PDRM itu sendiri," kata Ismail.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

Ingat kes polis serbu CC kat setapak. Kononnya dari department jenayah IT. Nak masuk keje kat situ pun paling kurang kena ada degree. Si mamat ni plak siap tanya tokeh CC. "Ini window ke vista" ?!! lol

penyamar kot tu. nak cari duit tepi.

sekali tak cukup sekolah daa
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register