Polis Cekup Pasangan Kekasih Pecah Rumah

CG Sponsors




customys

Active Member
Joined
Aug 22, 2010
Messages
1,520
Reaction score
97
Points
40

SUBANG JAYA – Dipercayai kerana terlalu mencintai teman lelakinya, seorang wanita sanggup melakukan kegiatan pecah rumah bersama kekasihnya itu di SS15, di sini, petang kelmarin.

Tindak-tanduk mencurigakan pasangan kekasih itu bagaimanapun berjaya dihidu pemilik rumah yang kemudian menghubungi polis.

Bertindak atas aduan, anggota yang melakukan rondaan segera ke rumah berkenaan, kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, seorang pemilik 55 tahun memaklumkan rumah yang disewakan kepada pelajar kolej swasta cuba dimasuki orang tidak dikenali.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati seorang lelaki atas sebuah motosikal manakala seorang wanita dipercayai kekasihnya ada dalam kawasan pekarangan rumah menyembunyikan beg sandang apabila ternampak anggota polis.

“Setelah melakukan pemeriksaan, anggota menemui beberapa peralatan disyaki untuk melakukan pecah rumah termasuk pemutar skru, spanar boleh laras, pisau pelbagai guna dan serangkai anak kunci dalam beg dibawa suspek,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebatang besi menyerupai joran turut ditemui bersama suspek.

“Hasil semakan ke atas motosikal dinaiki pula mendapati ia bersabit kes kehilangan yang dilaporkan di Kelana Jaya.

“Pasangan kekasih berusia 30 dan 33 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” katanya.
 
Sponsored Post

aced

Fun Poster
Joined
Aug 1, 2007
Messages
732
Reaction score
3
Points
15
kantoi kantoi. kadang2 kita pun tak perasan termencuri di dalam solat. macam mana tu?
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
alahai..carila yang kerja bagus
 

mat gen2

Active+ Member
Joined
Nov 3, 2012
Messages
3,272
Reaction score
24
Points
25
sian makwe tuu...meh sni meh ikut abg..eheh
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
balai cerita la jawabnya...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register