BTC USD 35,181.8 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Cekup Lelaki Cuba Larikan Remaja Perempuan Depan Sekolah

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
28.11.2021 - Johor Bahru, Polis malam tadi berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai cuba melarikan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian Khamis lepas di hadapan sebuah sekolah di Taman Molek, Johor Jaya di Johor Bahru.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata individu berusia 35 tahun itu ditahan di Senawang, di Negeri Sembilan pada pukul 8.53 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah D8 dan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati individu ini mempunyai satu rekod jenayah dan dadah, manakala ujian air kencing pula adalah positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan bagi kesalahan berkaitan culik.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6.50 pagi 25 Nov lepas, remaja terbabit yang baru turun daripada van sekolah telah dipanggil oleh seorang lelaki memandu kereta Perodua Kancil yang tidak dikenalinya.

Individu itu memintanya untuk menghantar satu borang kepada sekolah sebelum remaja itu ditarik masuk ke dalam kereta dan dibawa lari kira-kira 400 meter daripada lokasi kejadian, bagaimanapun pelajar terbabit berjaya melepaskan diri serta meminta bantuan daripada orang awam.​

1638095371517.png
 
Sponsored Post

a b c d e f

Super Active Member
gem
Messages
8,409
Joined
Oct 28, 2010
Messages
8,409
Reaction score
1,075
Points
151
Alhamdulillah cepat tangkap.

Risau apa tujuan dia menculik... untuk wang tebusan (tak rasa mat pet reti atau rajin merancang) atau jual pada sindiket untuk dapat bekalan dadah?

Kalau yang kedua, akan jadi sorang lagi kanak2 hilang tak dikesan. 😡
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,191
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,191
Reaction score
3,196
Points
261
Awards
1
Kalu dekat negara luar
Dia cacatkan budak pastu tugas nya kutip derma
Kalu bunuh jual organ pun bole
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register