Polis Cedera Motosikal Peronda Di Tendang Mat Rempit

CG Sponsors

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
24.11.2020 - Nibong Tebal, Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) mengalami kecederaan apabila terjatuh selepas motosikalnya ditendang seorang mat rempit cuba melarikan diri semasa berlumba di simpang jalan di Kampung Tanjung Berembang, di Nibong Tebal awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Lee Chong Chern berkata konstabel lelaki berusia 20 tahun itu mengalami kecederaan luka di bahagian tangan kanan, siku serta luka calar di bahagian muka dan menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa konstabel itu bersama seorang lagi anggota polis berpangkat L/Kpl sedang membuat rondaan URB pada kira-kira pukul 3.00 pagi apabila mereka menerima maklumat terdapat kegiatan lumba haram di jalan Kampung Tanjung Berempang.

"Sebaik tiba di lokasi mereka mendapati sekumpulan motosikal yang sedang berlumba haram, dan geng mat rempit itu bertindak melarikan diri dengan motosikal sebaik sahaja menyedari kehadiran polis sebelum konstabel berkenaan mengejar sebuah motosikal ditunggang seorang remaja lelaki," katanya ketika dihubungi di Nibong Tebal hari ini.

Katanya apabila tiba di persimpangan jalan, penunggang motosikal itu telah bertindak menendang motosikal konstabel berkenaan sehingga terjatuh, dan menyebabkan anggota polis berkenaan mengalami kecederaan luka tangan kanan, siku serta luka calar di bahagian muka.

Katanya ekoran kejadian, polis berjaya menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada penjawat awam.

Sementara itu dalam kes berasingan, Lee berkata polis menahan tiga lelaki berusia antara 20 dan 28 tahun bersama lima guni yang mengandungi 50,000 gram daun ketum yang hendak dihantar ke Kuala Lumpur dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Jawi, pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Katanya ketiga-tiga lelaki yang mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah itu mendapatkan daun ketum berkenaan daripada rakan mereka di Bertam, Kepala Batas dekat Nibong Tebal dan dipercayai mereka berperanan sebagai penghantar bekalan itu kepada rangkaian sindiket membuat air ketum di ibu kota.

Screenshot-3334.jpg

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552365
 
Sponsored Post

akiyamasan

Active+ Member
Joined
Mar 10, 2011
Messages
3,715
Reaction score
873
Points
81

View attachment 316686

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552365
Ambulan kat atas tu ke yang hantar konstabel yang kena langgar tu?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register