BTC USD 43,110.9 Gold USD 1,777.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis cari saksi kemalangan depan stesen minyak

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,395
Reaction score
398
Points
91
Polis cari saksi kemalangan depan stesen minyak

Tanjung Malim: Polis mengesan saksi bagi membantu siasatan kes kemalangan langgar lari di Kilometer 125 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur berhadapan sebuah stesen minyak, di sini.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata kemalangan membabitkan penunggang motosikal berusia 50 tahun berkenaan berlaku pada 9.15 pagi 15 Julai lalu.

"Mangsa yang parah kini berada dalam keadaan koma di Hospital Raja Permaisuri Bainun ( HRPB) Ipoh," katanya.

Katanya, orang ramai yang melihat atau mengetahui mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mazlan Salian di talian 017-7433831 bagi membantu siasatan.

@hmetro
Video/gambar: Media sosial
 

CG Sponsors




Top
Log in Register