Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 65,194
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 65,194
- Reaction score
- 7,151
- Points
- 916
- Awards
- 1
Polis lepaskan satu das tembakan, buru 3 penjenayah pecah rumah
POLIS kini memburu tiga penjenayah yang dipercayai telah memecah masuk sebuah rumah di kawasan Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 2.40 petang.
Beliau berkata, sampai di lokasi kejadian, suspek yang menaiki Proton X50 dengan nombor pendaftaran palsu telah melanggar motosikal yang ditunggangi oleh anggota bit balai ketika cuba ditahan di tengah jalan.
“Ekoran itu, anggota polis telah bertindak melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek.
“Suspek kemudian telah melarikan diri ke lokasi yang tidak pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek disyaki tiga lelaki warga tempatan dan tiada sebarang kecederaan yang dialami dalam insiden ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Fadzil Mohamad Saidi di talian 013-9311208.
Orang awam & polis
Sumber : Utusan TV

23.09.2024 - Polis giat mengesan tiga lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Telok Panglima Garang dekat Shah Alam, petang Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor dalam kenyataan berkata suspek melarikan diri setelah bertindak melanggar motosikal dinaiki anggota polis yang cuba menahan mereka. Beliau berkata pihaknya terlebih dahulu menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki pada kira-kira 2.40 petang yang melaporkan rumah jirannya dimasuki orang tidak dikenali.
"Susulan itu, sekumpulan anggota telah digerakkan ke kawasan berkenaan dan apabila sampai di lokasi, suspek yang menaiki kenderaan jenis SUV kompak telah bertindak melanggar anggota yang menaiki motosikal apabila cuba ditahan. Ekoran daripada itu anggota tersebut bertindak melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek, namun suspek berjaya melarikan diri menggunakan kenderaan sama," katanya.
Ahmad Ridhwan berkata kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan anggota yang terlibat tidak mengalami kecederaan. Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Insp Mohamad Fadzil Mohamad Saidi di talian 013-9311208 atau mana-mana balai berhampiran.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/720179
Rakaman CCTV