BTC USD 95,070.8 Gold USD 2,900.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis buru suspek tikam lelaki Pakistan hingga mati

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,586
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,586
Reaction score
6,733
Points
881
Awards
1
Polis buru suspek tikam lelaki Pakistan hingga mati


LIM SWEE SAKE
GEORGE TOWN : Polis kini sedang menggiatkan usaha untuk mengesan seorang suspek lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan satu kejadian tikam seorang lelaki warga Pakistan sehingga mati dalam kejadian di Pulau Tikus, di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, dalam kejadian kira-kira pukul
5 petang itu, mangsa yang berusia 48 tahun telah dibawa oleh rakannya ke sebuah klinik swasta di Jalan Datuk Keramat, untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika menerima rawatan tersebut dan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan masih dijalankan ketika ini.

“Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat,” katanya di sini, hari ini.

Jelas Swee Sake, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-UTUSAN
 
Back
Top
Log in Register