BTC USD 97,395.3 Gold USD 2,902.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Buru Suspek Ragut Rantai Leher Penunggang Wanita Di Kuala Selangor

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,202
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,202
Reaction score
7,155
Points
916
Awards
1
02.12.2024 - Nasib malang menimpa seorang penunggang wanita apabila kehilangan rantai leher dan cedera akibat diragut suspek lelaki di Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor pada Sabtu lalu. Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggang bersendirian di kawasan tersebut sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba merempuh mangsa hingga terjatuh. Mangsa kemudiannya dikasari suspek yang terus menendang dan merampas barangan kemas itu usai membuat pusingan U di kawasan terbabit. Kejadian sempat dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan meraih perkongsian ramai di laman sosial. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan dan mengesahkan kejadian tersebut hasil aduan diterima.​



"Kejadian tersebut menyebabkan mangsa mengalami kerugian seutas rantai leher. Mangsa juga mengalami kecederaan luka di bahagian lutut sebelah kiri serta calar di bahagian leher. Polis membuka kerta siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2024...tai-leher-penunggang-wanita-di-kuala-selangor
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register