BTC USD 97,493.7 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Buru Suspek Pukul Lelaki OKU

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
17.01.2025 - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dipukul beberapa individu dalam kejadian yang berlaku di Pasar Tani Padang Astaka, dekat sini, pagi tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden, Wan Muhammad Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, kira-kira jam 9.30 pagi.

“Kita menerima laporan seorang lelaki berusia 47, dipukul di situ dan hasil siasatan polis mendapati lelaki terbabit cedera dalam kejadian itu. Terdapat video tular berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan lelaki itu dipukul oleh beberapa individu, sehingga mangsa mengalami kecederaan,” katanya

Wan Muhammad berkata, siasatan mendapati lelaki itu menunggang sebuah motosikal memasuki kawasan tapak jualan terbabit.

“Lelaki itu dikatakan terlanggar salah sebuah gerai jualan di situ menyebabkan barangan jualan tumpah dan terjatuh. Kejadian itu menyebabkan beberapa individu yang berada di tempat kejadian bertindak memukul mangsa,” katanya.

Katanya, siasatan polis juga mendapati mangsa itu OKU kategori ketidakupayaan mental. Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kemaman dan dirawat sebagai pesakit luar. Sehubungan itu, polis sedang giat mengesan beberapa individu yang terlibat dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu pihak polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Kemaman di talian 09-8592222,” katanya.
1737119101613.png
 
Sponsored Post

Polis Buru Suspek Pukul Penunggang OKU Langgar Tapak Niaga Pasar Tani Padang Astaka

17.01.2025 - Seorang lelaki dipercayai Orang Kelainan Upaya (OKU) dibiarkan terbaring memohon bantuan di dalam hujan selepas menjadi mangsa pukul dekat sebuah pasar tani di Kemaman, Terengganu. Mengikut rakaman yang tular di media sosial, kejadian yang dipercayai berlaku di Pasar Tani Padang Astaka, Kemaman itu melihatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai selepas dikatakan terlanggar salah satu gerai di situ. Lelaki tersebut dikatakan terlanggar salah sebuah gerai di pasar malam tersebut ketika sedang menunggang motosikal melalui kawasan tersebut.

Pelanggaran itu menyebabkan barangan di gerai tersebut rosak dan ada makanan yang dijual jatuh bertebaran di permukaan jalan. Ia menimbulkan suasana tegang dengan peniaga dan lelaki tersebut bertikam lidah sebelum dia dipukul beramai-ramai oleh orang ramai di tempat kejadian. Lelaki tersebut kemudiannya mengalami terbaring malah cuba meminta pertolongan namun tiada yang mengendahkannya. Dalam pada itu, pihak polis yang menerima laporan pada 9.30 pagi mencari sekumpulan individu yang memukulnya untuk membantu siasatan. Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden, Wan Muhammad Wan Jaafar berkata lelaki yang tersebut berusia 47 tahun mengalami OKU ketidakupayaan mental.

"Kita menerima laporan seorang lelaki berusia 47, dipukul di situ dan hasil siasatan polis mendapati lelaki terbabit cedera dalam kejadian itu. Terdapat video tular berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan lelaki itu dipukul oleh beberapa individu, sehingga mangsa mengalami kecederaan. Lelaki itu dikatakan terlanggar salah sebuah gerai jualan di situ menyebabkan barangan jualan tumpah dan terjatuh. Kejadian itu menyebabkan beberapa individu yang berada di tempat kejadian bertindak memukul mangsa," jelasnya.

Menurut Wan Muhammad lagi, mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dengan kesalahan melakukan rusuhan.

 
Nampak cerita awal macam si oku ni p redah pasar pagi dengan moto.. dalam sibuk2 ramai2 kat pasar tu boleh pulak p redah dengan moto, kalau jumpa dengan aku pun aku maki.

Oku tapi tengok mencarut macam waras pulak.. segala menatang maki hamun **** semua keluar.. pastu kalau dah mental, camna boleh bawak moto merata? Naik nvx plak tu..

Dah kena terajang pastu play victim jual tiket oku..
 
Sebab terlanggar ja smp sanggup pukul...melayu Islam plk tu, kerajaan ganu kena buat sesuatu la....

Kalau yg kena langgar tu aku anak bini aku, lebih dari pukul pun aku sanggup.. nak tengok aku humban orang dengan moto2 tu sekali dalam parit, boleh try..

Orang langgar hang pastu hang ucap terima kasih ka? 😂
 
Kalau yg kena langgar tu aku anak bini aku, lebih dari pukul pun aku sanggup.. nak tengok aku humban orang dengan moto2 tu sekali dalam parit, boleh try..

Orang langgar hang pastu hang ucap terima kasih ka? 😂
Nama terlanggar bkn sengaja...klau sengaja pun tindakan tu kena ngn akal bkn ikut amarah
 
Nampak cerita awal macam si oku ni p redah pasar pagi dengan moto.. dalam sibuk2 ramai2 kat pasar tu boleh pulak p redah dengan moto, kalau jumpa dengan aku pun aku maki.

Oku tapi tengok mencarut macam waras pulak.. segala menatang maki hamun **** semua keluar.. pastu kalau dah mental, camna boleh bawak moto merata? Naik nvx plak tu..

Dah kena terajang pastu play victim jual tiket oku..
Melayu pun nak pakai tiket oku pulak asyik cina je yang guna.

Apapun, hebat ganung lening.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register