BTC USD 39,942.3 Gold USD 1,830.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Buru Suspek Jenayah Di Pusat Hiburan

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
BUKIT MERTAJAM 15 Nov. - Polis menyerbu beberapa premis hiburan di daerah ini awal pagi tadi dengan menumpukan usaha memburu suspek kes jenayah termasuk curi motosikal, samun dan ragut.

Dalam operasi kira-kira pukul 1 pagi itu, dua remaja berusia 20-an ditahan kerana dipercayai memiliki motosikal curi berikutan beberapa spesifikasi kenderaan yang meragukan.

Kira-kira 100 penunggang motosikal diperiksa dan mereka diminta menolak sendiri kenderaan masing-masing ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda di sini.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Mohd. Shah Husin Shah berkata, tumpuan diberikan kepada usaha membendung kegiatan jenayah membabitkan motosikal di daerah ini.

"Umum mengetahui banyak kejadian jenayah dikaitkan dengan motosikal termasuk kes ragut, curi motosikal dan lumba haram.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pusat hiburan menjadi lokasi yang sering dikunjungi oleh golongan ini," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Mohd. Shah berkata, dua remaja yang ditahan dipercayai memiliki motosikal curi apabila casis kenderaan tidak seperti dalam rekod pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut beliau, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti penglibatan dua remaja terbabit dalam kes-kes curi motosikal yang dilaporkan di daerah itu sebelum ini.

"Hasil serbuan ini kita memperoleh maklumat berguna untuk mengekang kegiatan curi motosikal," tambahnya.

Tambah beliau, 48 anggota dan pegawai dari pelbagai unit terlibat dalam operasi tersebut yang berakhir kira-kira pukul 3 pagi.

Mohd. Shah memberitahu, 18 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan mengubahsuai kenderaan.
 
Sponsored Post

traderfox

Super Active Member
Joined
Apr 25, 2008
Messages
7,729
Reaction score
231
Points
83
Betul lah tu, buru kat pusat hiburan... takkan nak buru kat pusat ibadat pulak? Pokono eh ko ni jang?
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Buletin pagi ke nih??
 

atzai

Active Member
Joined
Aug 10, 2007
Messages
1,277
Reaction score
12
Points
25
Buru jangan tak buru
itu lah tempat lepak penjenayah
yg jadi bonser kat situ pun ada
part time...siang jadi penyamun
siapa tahu..
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Buat Affiliate Utusan ke??
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
ingatkan dapat komisyen tadi.... rajin je....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register