Polis buru pemandu kereta langgar penunggang penghantar makanan

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
Polis buru pemandu kereta langgar penunggang penghantar makanan


KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu pemandu kereta yang melanggar seorang penunggang sebuah syarikat penghantar makanan, pada Selasa lepas.

Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pada jam 12.34 pagi di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Sungai Buloh.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mangsa, seorang warga tempatan yang berusia 23 tahun telah membuat laporan mengenai kejadian tersebut.

"Berdasarkan video yang tular di media sosial, kemalangan berpunca apabila kereta tersebut mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri lalu melanggar belakang motosikal mangsa yang berada di lorong kiri.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa telah terjatuh daripada motosikalnya manakala pemandu kereta itu telah meninggalkan lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan dan motosikal mangsa mengalami kerosakan.

"Polis sedang giat menjalankan usaha untuk mengesan pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Saidatul Asma Arrifin di talian 018-9765949 / 03-79662222," jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


== astro awani
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register