BTC USD 41,623.3 Gold USD 1,735.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis Buru Empat Tahanan Lari Dari Pusat Kuarantin

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,501
Reaction score
408
Points
91
FB_IMG_1627787628684.jpg

#Artikel - Polis Buru Empat Tahanan Lari Dari Pusat Kuarantin

KOTA KINABALU: Polis Penampang sedang memburu empat tahanan yang disahkan positif Covid-19 dan melarikan diri dari Pusat Kuarantin Covid-19 Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (Ilman) awal pagi tadi.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, tiga tahanan bukan warganegara dan seorang tahanan warganegara dilaporkan melarikan diri dari pusat kuarantin berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintenden Mohd. Haris Ibrahim berkata, kesemua tahanan itu dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke pusat kuarantin berkenaan secara berperingkat bermula pada 24 Julai lalu setelah disahkan positif Covid-19.

Keempat-empat tahanan itu, Mohd. Rahman Basir, 24; Mohd. Diyazmir Razif Rudyaz, 20; Salman Arip, 19, dan seorang warganegara, Arippian Abdul, 27.

Kesemua mereka masing-masing ditahan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323/329 Kanun Keseksaan.

Mohd. Rahman ditahan atas kesalahan memiliki dadah manakala Mohd. Diyazmir dan Arippian ditahan kerana kesalahan memiliki barangan curi dan Salman pula ditahan kerana sengaja menyebabkan kecederaan terhadap orang lain.

Justeru, Mohd. Haris menasihatkan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kesemua tahanan yang terlibat supaya segera menghubungi bilik gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

*Utusan
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,261
Reaction score
2,443
Points
201
Xleh seberang lg tu sini2 ja depa nie
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,974
Reaction score
15,122
Points
2,376
COVID-19 | 4 Tahanan Lari Dari PKRC Diburu

Polis sedang memburu empat tahanan yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri awal pagi tadi.

Mereka terdiri daripada seorang warga tempatan dan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,710
Reaction score
21,652
Points
1,671
Penampang: Dua seluar lokap yang dipakai suspek melarikan dari pusat kuarantin pesakit Covid-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) di sini, ditemukan di Kampung Bambangan, Inanam, pagi tadi.

Pakaian lokap berkenaan ditemui penduduk kampung kira-kira jam 10 pagi sebelum melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

seluarlokap1_1627805420.jpg

FB_IMG_1627801372904.jpg
 
Last edited:

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,997
Reaction score
3,415
Points
201
dapat kesan tembak je terus
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,829
Reaction score
2,913
Points
206
warganegara apa ni?
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,510
Reaction score
949
Points
121
tak berapa faham knp nak letak kat pusat kuarantin
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,841
Reaction score
873
Points
121
Kerja sia-sia lari dari tahanan, jarang sangat ada yang terlepas..
Elok-elok 5 tahun boleh keluar, silap-silap tambah lagi hukuman.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register