Polis buru 'Datuk' pukul pelanggan restoran

CG Sponsors

[email protected]

Super Active Member
Joined
Dec 7, 2011
Messages
9,529
Reaction score
121
Points
83
sonang kan....buek salah (sebab kantoi)....
mintak maap....setel...
kah kah kah...

kalau tgk citer zaman mahajara...7 keturunan kene usir/penjara/bunuh/jadi hamba dan lain lain hukuman
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,040
Reaction score
12,083
Points
1,906
sonang kan....buek salah (sebab kantoi)....
mintak maap....setel...
kah kah kah...

kalau tgk citer zaman mahajara...7 keturunan kene usir/penjara/bunuh/jadi hamba dan lain lain hukuman
tu lah, rasanya setakat reman je ni
takde kena dakwa apa
 
dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,175
Reaction score
1,867
Points
206
The Datuk has apologised, saying that his actions were too extreme.

Datuk in viral hotpot slapping video apologises

  • Monday, 18 Jan 2021
    4:38 PM MYT
View attachment 331812
PETALING JAYA: The Datuk who was caught on a viral video assaulting a man and a woman at a hotpot restaurant here has apologised, saying that his actions were too extreme.

“I admit that my friend and I committed an act that was not right and was extreme. My friend and I were not rational at the time, which was why I was very angry. I felt that my dignity had been challenged by a younger person, ” the man who identified himself as Datuk Tan said in a video message that went viral on Monday (Jan 18).

Datuk Tan apologised to the man and woman, as well as Malaysians for his action.
He also issued the apology on behalf of his friend, whom he called Ang Lee.

Datuk Tan said his friend had got involved because he thought that he had been hit by the young man.
"My friend then also hit the young man. Subsequently, the fight became worse and I became even more unruly where I then slapped the woman.

"I really regret my actions as I was out of control. My friend and I were also drunk at that time. I hope that the public will not involve our families in this issue as this happened on our own accord," he said.

"I also hope that this issue will not be extended any longer as we had surrendered ourselves to the authorities. We will accept any punishment that will be charged on us. Once again I would like to apologise on what had transpired.

"I hope everyone will be able to accept our apology," he said in the video message.
Datuk Tan and his friend were released on police bail on Saturday (Jan 16) after their two-day remand order expired.

The assault, which took place at Tropicana Avenue last week was a hot topic among Malaysians as it not only involved a titled person but the alleged victims is another Datuk’s son.
Perak Chinese Assembly Hall deputy president Datuk Kwan Foh Kwai confirmed his son was slapped during the incident.
In two videos that have gone viral, two victims, including Kwan’s son were slapped.

The initial police report stated that the other person who was slapped was a waitress but Chinese vernacular newspapers reported that she is the victim’s girlfriend.
The heated argument is believed to have started after the victims complained about the noise the suspects were allegedly making at the restaurant.

waa manyak senang aaa apek? buat salah senang2 mintak maaf kita makan sama2 yam senggg!
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,040
Reaction score
12,083
Points
1,906
Beliau memohon maaf menerusi video atas tindakannya itu dan mendakwa ia berpunca kerana beliau semakin tidak terkawal sehingga menampar pelanggan berkenaan.

Saya ‘mabuk, melampaui batas’, kata Datuk Tan dalam kes pukul pelanggan restoran

January 18, 2021 5:00 PM

Datuk-Kes-Tampar-Apology-Video-180121.jpg

Lelaki itu yang menggelarkan diri sebagai “Datuk Tan” dalam video berdurasi 2 minit 10 saat, mengaku tindakannya bersama seorang lagi rakan tidak wajar dan melampaui batas.

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk memohon maaf kerana terbabit dalam serangan ke atas dua pelanggan di sebuah restoran Selasa lalu.
Lelaki itu yang menggelarkan diri sebagai “Datuk Tan” dalam video berdurasi 2 minit 10 saat, mengaku tindakannya bersama seorang lagi rakan tidak wajar dan melampaui batas.

“Ketika itu, saya dan rakan saya, berada dalam keadaan tidak rasional. Lalu saya rasa sangat marah kerana merasakan maruah saya, sebagai orang lebih berusia, ditegur pemuda tersebut. Kejadian menjadi semakin teruk apabila rakan saya menyangka saya dipukul pemuda tersebut.

“Lalu dia pun bertindak menampar pemuda tersebut. Kemudian, pergaduhan menjadi semakin teruk dan saya menjadi semakin tidak terkawal, lalu tertampar pemuda tersebut. Saya menyesal atas tindakan berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, kedua-dua lelaki itu menyerah diri di Balai Polis Mutiara Damansara pada 2 petang Khamis lalu dan polis mendapatkan perintah reman pada Jumaat untuk menahan mereka.

Mahkamah Majistret bagaimanapun menolak permohonan polis untuk menyambung perintah reman ke atas dua ahli perniagaan yang terbabit dalam serangan terhadap dua pelanggan di sebuah restoran itu.

Kejadian di sebuah restoran di Tropicana Avenue itu berlaku beberapa jam sebelum perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan Rabu lalu. Serangan itu mencetuskan kemarahan rakyat selepas dua klip video tersebar di media sosial.
Kejadian itu berlaku selepas seorang pemuda menegur “Datuk” berkenaan dan rakannya supaya merendahkan suara mereka.

Jelas Datuk itu lagi, ketika kejadian, dia dan rakannya sudah mabuk dan turut memaklumkan kesediaannya menerima apa sahaja hukuman oleh mahkamah.
Beliau berharap semua pihak tidak mengaitkan keluarganya atas insiden itu.
“Saya harap anda semua tidak libatkan keluarga saya dalam hal ini kerana kejadian ini berlaku atas tanggungjawab kami sendiri. Adalah tidak wajar kita libatkan orang yang tidak ada kena mengena dalam hal ini. Saya juga berharap perkara ini tidak lagi dipanjangkan,” katanya.

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,480
Reaction score
2,006
Points
201
Mabuk beer kot
Heheh
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,040
Reaction score
12,083
Points
1,906
‘Datuk’ pukul pelanggan restoran berdepan 3 tuduhan esok

January 20, 2021 6:01 PM

datuk-pukul-pelanggan-fb-200121-1.jpg

Datuk Tan akan didakwa dengan tiga pertuduhan di mahkamah esok. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dilihat dalam rakaman video menyerang dua pelanggan di sebuah restoran, baru-baru ini, akan didakwa di mahkamah esok.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya.

Ezanee dalam pesanan teks mengesahkan Datuk itu akan dikenakan tiga tuduhan mengikut Seksyen 323 (menyebabkan kecederaan), dan masing-masing satu mengikut Seksyen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 290 (gangguan awam) Kanun Keseksaan.

Katanya, rakan yang turut berada bersamanya ketika kejadian itu juga akan dikenakan beberapa tuduhan mengikut Seksyen 323 serta 290 kanun sama.

Kejadian di restoran di Tropicana Avenue itu berlaku beberapa jam sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan Rabu minggu lalu. Serangan itu mencetuskan kemarahan rakyat selepas dua klip video tersebar di media sosial.

Kejadian itu berlaku selepas seorang pemuda menegur Datuk berkenaan dan rakannya supaya merendahkan suara mereka.

Dua lelaki itu kemudian menyerah diri di Balai Polis Mutiara Damansara pada Khamis lalu dan ditahan reman. Mereka dilepaskan hujung minggu lalu selepas Mahkamah Majistret menolak permohonan polis untuk menyambung perintah reman.

Sementara itu, pada Isnin seorang lelaki mengaku dirinya Datuk Tan memohon maaf atas kejadian berkenaan dalam video berdurasi 2 minit 10 saat selain turut mengaku tindakannya bersama seorang lagi rakan tidak wajar dan melampaui batas.

Dalam video itu, lelaki terbabit turut mengaku mabuk dan hilang pertimbangan ketika kejadian namun menyesal perbuatannya.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,040
Reaction score
12,083
Points
1,906
Pengarah syarikat, Tan Wai Khan, mengaku bersalah menyerang tiga orang di sebuah restoran hot pot minggu lalu.

“Datuk” mengaku salah serang orang di restoran

January 21, 2021 11:51 AM

Datuk-Tan-Wai-Khan-Hotpot-Datuk-210121-3.jpg

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini selepas dituduh menyereang tiga orang di sebuah restoran minggu lalu.
Pengarah syarikat, Tan Wai Khan, berdepan dua tuduhan serangan kerana menyerang Wong Chung Yi, 31, dan Lee Dek Kuan, 26, pada 12 Jan di restoran TST Hotpot, Tropicana Damansara.
Beliau juga berdepan tuduhan menyerang Kwan Pei Chong, 31, bersama-sama rakannya, Ang Mow Loong.

Berita Lanjut Menyusul

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,040
Reaction score
12,083
Points
1,906
Datuk dan rakan mengaku salah pukul pelanggan
By
Kumara Sabapatty
-
21 January 2021

MGF21012021_DATUK-PUKUL-DAKWA03.jpg

Tertuduh, Datuk Tan Wai Khan (kiri) bersama rakannya (kanan) hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan terlibat dalam insiden ugut dan pukul seorang pelanggan di sebuah restoran di Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 21 JANUARI 2021.

PETALING JAYA – Dua ahli perniagaan dihadapkan di Mahkamah Majistret pagi ini atas tujuh pertuduhan membuat kekecohan dan memukul pelanggan sebuah restoran di Damansara pada 12 Januari lalu.

Tertuduh pertama, Datuk Tan Wai Khan, 43, seorang ahli perniagaan tilam menghadapi lima pertuduhan termasuk dua pertuduhan bersama manakala rakannya Ang Mow Loong, 40, pula menghadapi dua pertuduhan bersama.

Kesemua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Majisret Nurshahira Abdul Halim.

Dalam pertuduhan pertama dan kedua, Wai Khan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Magdelene Wong Chung Yi, 31, dan juga Lee Dek Quan, 26, dengan memukul mereka.

Manakala dua lagi pertuduhan berasingan, Wai Khan dan tertuduh kedua iaitu Mow Loong secara bersama-sama didakwa sengaja mendatangkan kecederaan dengan memukul Kwan Pei Choong yang berusia 31 tahun.

Kesemua kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Mereka juga didakwa dalam dua lagi pertuduhan berasingan secara bersama dituduh melakukan kacau ganggu yang boleh menyebabkan kegusaran kepada pelanggan dan pekerja yang berada di restoran tersebut.

Pertuduhan itu di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan. boleh dihukum denda RM400.

Mereka mengaku bersalah untuk kesemua tuduhan itu.

Bagaimanapun untuk pertuduhan kelima, Wai Khan tidak mengaku bersalah dan mohon perbicaraan bagi dakwaan melakukan khianat dengan memecahkan pinggan mangkuk milik Pei Choong yang merupakan satu kesalahan di bawah Sekyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya.

Mereka didakwa melakukan kesemua kesalahan itu pada 12 Januari 2021 jam lebih kurang 9 malam di Restoran Steamboat TST, Tropicana Avenue, Damansara.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat menawarkan wang jaminan RM7,000 untuk setiap seorang bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapujn Suraj Singh selaku peguam mewakili mereka berhujah bahawa kedua-dua tertuduh berada dalam jaminan polis dan terus hadir ke mahkamah tepat pada waktu setelah menerima panggilan daripada pegawai penyiasat kes tersebut.

“Saya difahamkan kedua-dua tertuduh adalah pengarah syarikat dan tujuan wang jamin adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh pada tarikh-tarikh perbicaraan kes yang akan datang dan tidak berisiko untuk melarikan diri.

“Maka saya memohon satu jumlah wang jaminan rendah diberikan dan saya memohon tarikh sebutan untuk mendapatkan dokumen dan jatuh hukuman.” katanya.

Majistret Nurshahira telah membenarkan wang jaminan RM2,000 untuk setiap seorang bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya dan menetapkan 2 April ini sebagai tarikh penyerahan dokumen sebutan dan jatuh hukuman.

Sebelum pertuduhan bermula, Wai Khan dan rakannya menemui pemberita di luar mahkamah untuk menyatakan kekesalan mereka terhadap perbuatan itu.

Mereka turut memohon maaf kepada keluarga mangsa dan individu-individu yang terkesan dengan insiden itu selain mengaku insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. – MalaysiaGazette

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,141
Reaction score
2,602
Points
206
Datuk dan rakan mengaku salah pukul pelanggan
By
Kumara Sabapatty
-
21 January 2021

View attachment 332734

kecik je orangnya.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register