Polis buru 'Datuk' pukul pelanggan restoran

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,308
Reaction score
174
Points
33
04f002c6c974480ce32165a3e395e8115f180c1b31b23.jpg


KUALA LUMPUR, 14 Jan -- Polis memburu seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang dipercayai terbabit dalam kejadian memukul seorang pelanggan restoran di Tropicana Avenue, Petaling Jaya, Selasa lepas.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, suspek bertindak memukul seorang lelaki selepas dinasihatkan untuk tidak membuat bising.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata lelaki itu kemudian memukul mangsa dengan tangan dan disyaki turut menampar seorang lagi pelanggan wanita sebelum beredar keluar dari restoran terbabit.

“Kita telah menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa yang bekerja sebagai pengurus dan kini usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323, 503 dan 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kejadian tersebut tular dalam media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki ditenangkan sekumpulan lelaki selepas menumbuk individu yang disyaki pelanggan restoran di Petaling Jaya.


== BERNAMA
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

‘Datuk’ pukul pelanggan restoran dah kena cekup




January 14, 2021 4:22 PM


HANDCUFFS-FMT-231219-1.jpg

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihaknya sudah menahan lelaki bergelar “Datuk” dipercayai menyerang pelanggan sebuah restoran dalam kejadian Selasa lalu.

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan seorang lelaki bergelar “Datuk” yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap pelanggan restoran di Tropicana Avenue, Petaling Jaya, Selasa lalu.
“Kami baru saja menangkapnya dan kami sedang menyiasat kes tersebut bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal kepada FMT.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, suspek dilihat menyerang lelaki itu selepas dinasihatkan untuk tidak membuat bising di restoran berkenaan.

Memetik laporan Bernama Nik Ezanee berkata, lelaki itu kemudian memukul mangsa dengan tangan dan disyaki turut menampar seorang lagi wanita sebelum beredar dari premis berkenaan.



Katanya, polis menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa yang bekerja sebagai pengurus.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Dato' Sri Sanjeevan Ramakrishnan

43m ·

Ada netizen hantar maklumat ini dan harap PDRM siasat kes ini dengan telus dan terperinci.

Dulu Asri Janggut dedah aktiviti judi di Sungai Buloh dan jutaan rakyat Malaysia pelik & tertanya-tanya berapa ramai tauke judi ditangkap hingga harini?

Kes Sungai Buloh jadi begitu viral, ada sesiapa tahu berapa ramai tauke judi ditangkap?

Kalau kami dedahkan aktiviti judi di Sungai Buloh, adakah Ketua Polis Daerah Sungai Buloh dan IGP KONTRAK berani letak jawatan serta merta?


 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,152
Reaction score
133
Points
83
kita tgk adakah akan senyap macam tu je setle luar atau dato ni disumbat kedalam penjara
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,908
Points
2,376
Dato' Sri Sanjeevan Ramakrishnan

43m ·

Ada netizen hantar maklumat ini dan harap PDRM siasat kes ini dengan telus dan terperinci.

Dulu Asri Janggut dedah aktiviti judi di Sungai Buloh dan jutaan rakyat Malaysia pelik & tertanya-tanya berapa ramai tauke judi ditangkap hingga harini?

Kes Sungai Buloh jadi begitu viral, ada sesiapa tahu berapa ramai tauke judi ditangkap?

Kalau kami dedahkan aktiviti judi di Sungai Buloh, adakah Ketua Polis Daerah Sungai Buloh dan IGP KONTRAK berani letak jawatan serta merta?


Payah tu mek
Kalau kena tangkap pun
Tak lama lepas tu bebas macam biasa
Selalu nya gitu la
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,271
Reaction score
2,385
Points
206
jibake betul datuk samseng ketot ni pempuan yang kerja tu pun tak pasal-pasal kena cepuk dengan dia.
 

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,786
Reaction score
642
Points
81
Apa lagi Bukit Aman..kasi cekup la...lg mau tunggu pailang ni naik jinjang...
 

amieshoro

Active+ Member
Joined
Mar 21, 2009
Messages
2,639
Reaction score
108
Points
43
Biasa kalau titles datok kena denda je..
Orang biasa baru kena penjara..
 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
1,861
Reaction score
236
Points
33
Sudah ditangkap.. then... rakyat tunggu next episode tapi slowly kes lenyap... dan rakyat pun jalani hidup macam biasa sehingga kes baru timbul😄😄
 
Sponsored Post
Top
Log in Register