Polis buru beberapa lagi suspek warga asing perompak kedai emas

CG Sponsors




BlackSweater

Freshie
Joined
Jan 7, 2010
Messages
21
Reaction score
0
Points
3
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu yakin dapat menangkap beberapa lagi suspek warga asing yang disyaki terbabit dalam beberapa kes kecurian di kedai emas negeri ini dengan tertangkapnya tiga suspek Khamis lalu.


"Kesemua suspek terbabit kini ditahan reman selama empat hari dan kita akan mendapatkan perintah mahkamah esok (hari ini) untuk melanjutkan tempoh reman mereka kepada beberapa hari lagi bagi membantu siasatan.

"Kita percaya mereka bukan saja terbabit dalam beberapa kes kecurian di kedai emas di bandar raya ini terutama yang membabitkan kerugian hampir RM1 juta pada 9 Disember tahun lalu, malah di negeri lain berdasarkan modus operandi sama yang digunakan," katanya.

Difahamkan polis kini giat memburu beberapa lagi rakan suspek yang melarikan diri ketika mereka ditahan di belakang sebuah bangunan di bandar raya ini minggu lalu.
 
Top
Log in Register